Paling biasa kita lihat tayar kereta lama akan digunakan untuk membuat pasu tanaman. Namun bila kreatif, macam-macam benda boleh dihasilkan. Contohnya daripada tayar juga kita boleh hasilkan menjadi kerusi atau juga dipanggil sebagai ottoman yang nampak bergaya diletakkan di kediaman kita.
Apatah lagi dengan ruang kediaman yang terhad, pilihan ottoman merupakan sangat ideal untuk ruang tamu atau ruang menonton tv. Menariknya juga, ottoman atau kerusi ini boleh digunakan pelbagai fungsi selain untuk duduk, juga sebagai meja kopi atau tempat merehatkan kaki.
Jadi untuk itu, apa kata anda lakukan DIY untuk menghasilkan ottoman dengan menggunakan tayar lama sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Julina Mazura Nordin.
Alatan yang diperlukan :
1 tayar lama
4 kaki kerusi -boleh beli di sini
25 tali jut (3 meter setiap satu) -boleh beli di sini
Papan playwood- boleh beli di sini
Glue Gun – boleh beli di sini
Langkah 1 : Potong papan playwood mengikut ukuran lubang tayar untuk menutup bahagian tersebut untuk dijadikan sebagai bahagian atas dan bawah kerusi. Kemudian lekat dengan gam. Setelah itu, skrew salah satu bahagian dengan 4 kaki kerusi. Lakukan dengan cermat agar setabil.
Ads
Langkah 2 : Kemudian ambil tali jut dan bentukkan secara melingkar bermula dari bahagian tengah papan playwood. Gamkan kemas.
Langkah 3 : Teruskan langkah tadi hingga menutupi keseluruhan tayar. Lakukan hingga selesai dan pastikan digam kemas.
Ads
Seterusnya, siaplah kerusi yang dihasilkan daripada tayar terpakai dan bolehlah digunakan dengan selesa.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berita gembira telah disahut dengan rasa syukur setelah akhirnya rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri bermula semalam (11.10. 2021). Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang lalu.
Sudah pastinya destinasi yang mahu dituju adalah pulang ke kampung berjumpa orang tua yang sudah lama ditinggalkan. Biarpun kelonggaran ini diberikan, namun Perdana Menteri memberi nasihat supaya tidak alpa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk mengelak penularan wabak ini.
Di samping menziarahi ibu bapa di kampung, sudah tentu ada yang merancang membawa anak-anak ke tempat menarik yang setelah sekian lama tidak berlibur bersama keluarga.
Biasanya jika melancong kita akan membawa anak dengan menggunakan kereta atau kapal terbang, namun apa kata kali ini menggunakan pengangkutan keretapi untuk menuju ke destinasi pilihan sambil menikmati pemandangan nan menghijau serta kabus waktu pagi.
Suasana ini boleh dirasai jika anda menggunakan pengangkutan keretapi yang dikenali sebagai ‘Keretapi Shuttle Pantai Timur. Bagi yang sukakan perjalanan yang relaks dan santai, inilah pilihan yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti cara lama. Pastinya menggamit nostalgia.
Nak tahu lanjut mengenai pengangkutan ini, ikuti perkongsian saudara Mohd Radzi Jamaludin
Keretapi Shuttle Pantai Timur
Selain dari membawa sahabat dan kenalan, saya juga pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Saya pecahkan perjalanan mereka kepada 5 hari sebab hendakkan mereka bermalam di beberapa lokasi, bagi merasa juadah dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi kami bertolak lewat 5 jam, walaupun tidak mewah, tetapi mereka memang suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, “you know Radzi, this trip is an absolute gem. Thank you for showing us your country this way.” Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia. Langsung tiada apa apa maklumat berkenaan Keretapi Shuttle ini.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang mereka tahu hanyalah tentang Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen. Keretapi Shuttle ini pula berhenti di semua pondok dan stesyen.
Pendek kata, Keretapi Shuttle ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa. Pernah sekali, seorang mak cik meminta saya menghantar beberapa bungkus durian ke Stesyen Pasir Mas. Dia kata, nanti ada orang yang akan mengambilnya dari saya, walaupun saya langsung tidak kenal orang tersebut. Sebelum keretapi bertolak, dia memberi saya sebungkus durian sebagai upah menjaga penghantaran tersebut.
Saya berharap, sesiapa yang berkenaan di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang sungguh melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong ke luar negara, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Saya juga berharap, dengan perkongsian gambar gambar ini ia akan dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat. Disebabkan oleh PKP, berkemungkinan ada perubahan dengan jadual semasa. Keretapi ini bukan hanya setakat pengangkutan awam. Ianya adalah “blood vein” bagi banyak penduduk yang tinggal jauh dari jalan utama.
Kepentingannya sangatlah tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil perjalanan terus dari mula sampai tamat. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin. NOTA: Tahukah sahabat sahabat semua, pada tahun 2018, Laluan Keretapi Pantai Timur telah dipilih sebagai LALUAN KERETAPI TERBAIK DI ASIA oleh akhbar The Telegraph UK? https://www.telegraph.co.uk/…/asia-best-train-journeys/
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tercekik tulang walau bukanlah menjadi masalah besar, namun bila terjadi boleh menyebabkan sesiapa pun tidak selesa.
Kalau diikutkan, dalam masyarakat kita ada sahaja petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang ini.
Namun sebelum itu, apa kata kita dengar dulu saranan doktor ini untuk pastikan insiden tercekik tilang ini tidak memudaratkan diri.
Ini perkongsiannya.
Anda mungkin mengalami sekatan tulang ikan pada salur makanan. Duri ikan tersangkut di halkum!
Perhati tanda-tanda ini :
1. Sakit secara tiba-tiba pada tekak ketika makan ikan.
2. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada kawasan tekak.
3. Ia boleh dirasakan pada satu tempat sahaja.
4. Sakit tersebut tidak langsung berkurang selepas beberapa jam
Ini adalah tanda-tanda klinikal pada kebiasaan pesakit alami.
Walaubagaimanapun, ia boleh juga hanya sekadar luka akibat duri tersebut.
Maknanya, tulang ikan tersebut telah tertelan, tetapi luka pada dinding saluran makanan yang menyebabkan rasa sakit.
Ini nasihat saya apabila ada tanda-tanda di atas :
Cuba telan makanan seperti biasa, perhatikan karakter sakit yang dialami. Sekadar tidak selesa, adakah berkurang sakitnya, atau mencucuk-cucuk pada satu tempat sahaja?
Cuba lihat di hadapan cermin. Kadang-kadang tulang ikan itu boleh saja tercucuk di bahagian tekak sahaja, terutama mereka yang mempunyai tonsil yang besar. Boleh nampak jelas.
Boleh kalau anda nak cuba keluarkan sekali dua. Tak perlu mencuba banyak kali. Ini hanya akan menyebabkan luka berlaku pada dinding salur makanan. Luka ini akan menjadi lebih besar dan akan memberi lebih sakit kepada pesakit.
Akhir sekali, jumpalah kami di hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan risau.
Mengisi masa sepanjang musim PKP ini diakui tugas kita berganda-ganda dalam bab memasak. Sepanjang hari, dua tiga kali masuk dapur memandangkan anak-anak asyik mengadu lapar sahaja.
Lantaran itu, tidak hairanlah setiap antara kita mempunyai stok bahan makanan untuk dimasak yang disimpan di bahagian pantri.
Pun begitu, perasan atau tidak bila banyak stok makanan akan menyebabkan pantri sarat diisi. Jika tidak betul cara susun aturnya, nampak berserabut dan susah pula untuk dicapai.
Jadi apa kata, selain memasak elok juga sibukkan diri untuk lakukan deep cleanning seperti yang dikongsikan oleh puan Noor Hafiza Mohamad ini. Sungguh kemas pantrinya!
Day1: Deep cleaning pantry
Bangun pukul 5.00 pagi, selepas Subuh terus masuk dapur untuk operasi deep cleaning pantri.
Semangat lain macam bila dapat perintah duduk kat rumah. Dari bulan Januari sampai Mac sibuk lain macam kerja ofis. Punyalah seronok bila ada peluang duduk kat rumah. Nikmat dalam ujian.
Ok jom kita mengemas:
✔️ lap semua rak barang dapur
✔️ keluarkan semua laci mangkuk dan lap
✔️ salin bekas tepung dan rempah
✔️ buang rempah paket yang dah expired
✔️ susun, isi dan label barang dapur diatas rak
DISCLAIMER: Ini bukan Panic Buying ye. Ini hanyalah stok makanan kering yang mungkin boleh bertahan sampai bulan puasa.
Kami duduk rumah flat takda lif, sekali buat stok macam ni lebih mudah. Tak payah ulang alik pegi kedai banyak kali. Hati-hati melontarkan komen.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...