“Tayang Sedekah Bukan Riak Tapi Nak Ajak Orang Lain Sama-Sama Dapat Pahala.” Ben Ali & Isteri Sumbang RM40K Untuk Palestin!

Share

Penderitaan rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel mendapat perhatian ramai. rata-rata meluahkan rasa marah dengan tindakan Israel tersebut.

Jika baru-baru ini Khairul Aming dan MUA Bellaz tampil memberi sumbangan, kini giliran usahawan dan pelakon Ben Ali pula tampil  menyumbang RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Sumbangan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Nurali Nadzwan dalam satu perkongsian menerusi Harian metro, sumbangan itu diperoleh hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.

“Kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ini adalah hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT.

‘Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.

“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.

“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya.

Selain memberikan sumbangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, Ben turut berkongsi aktiviti amal dia dan isteri  mulakan sejak Ramadan lalu.

“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya. Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.

“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Sumber: Harian Metrobena1i

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club