Bagi anda yang sering menaiki penerbangan Malaysia Airlines, pastinya ‘salted peanuts’ yang diberikan secara percuma bersama air jus oren sesuatu yang rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Keenakan rasanya menepati selera pengemar kudap-kudapan dan andai diberikan lebih daripada satu pek, terasa alangkah bertuahnya!
Terbaharu, Azfar Heri dalam satu perkongsiannya di Twitter menunjukkan beberapa keping gambar dirinya bersama dengan satu bungkus plastik berisi pek kacang Malaysia Airlines.
Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus
Menerusi perkongsian tersebut, Azfar mengatakan dirinya yang baru bangun tidur terkejut apabila mendapati pramugari dalam penerbangan terbabit memberikannya satu beg plastik berisi beberapa pek kacang.
Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus❤️✈️ pic.twitter.com/M0zuacQ0EG
— Azfar Heri 🇲🇾 (@Azfarheri) August 29, 2022
Perkongsian Azfar Heri tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut serta mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang.
Pun begitu, ada juga netizen turut berkongsi pengalaman yang sama menerima bungkusan kacang tambahan ketika menaiki pesawat Malaysia Airlines namun jumlahnya tidaklah sebanyak yang diterima oleh Azfar.
Bukan itu sahaja, ramai juga mengakui bahawa perkhidmatan Malaysia Airlines adalah yang terbaik dan bersetuju pramugara mahupun pramugari syarikat penerbangan tersebut sangat mesra dan baik hati.
Sumber : Twitter Azfar Heri
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!