
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu bahkan rezeki juga tidak pernah salah alamat.
Bersempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, penyanyi Iman Troye ingin menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran.
Penyanyi kecil molek ini berkongsi berita tersebut menerusi hantaran terbarunya di Instagram miliknya.
Iman yang juga Duta Pusat Peningkatan Akademik (PTTI) dan pakar dalam membantu pelajar SPM berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.
Dua Beradik Terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Serentak!

Tiada yang amat menggembirakan bagi seorang ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anak berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini bila kedua-dua anaknya Aqilah Fatinah Rosli, 25, dan adiknya Athirah Najihah, 24, melakar kenangan manis yang tersendiri apabila kedua-dua mereka menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Ibu dan bapa mereka, Rosli Ahmad, 59 dan isterinya, Zarina Nusi, 56 berkata, ia merupakan permulaan buat kedua-dua anaknya itu untuk lebih berjaya apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Memetik berita penuh yang dilaporkan BERNAMA, Aqilah Fatinah Rosli dan adiknya Athirah Najihah, melakar kenangan manis tersendiri apabila kedua-duanya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Aqilah Fatinah, pelajar jurusan Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah menyifatkan kejayaan itu cukup bermakna apabila dapat sepentas bagi menerima anugerah itu bersama adiknya Athirah Najihah, yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer UNITEN Kampus Kajang.

“Saya bersyukur dan gembira mendapat anugerah ini bersama-sama adik sendiri. Menerima anugerah bersama insan tersayang merupakan hadiah cukup bermakna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2022 di Klana Resort, di sini hari ini.
Anak kepada pasangan Rosli Ahmad, 59 dan Zarina Nusi, 56, itu merupakan antara 98 penerima anugerah hari ini, yang merangkumi siswazah dari Negeri Sembilan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan anugerah berkenaan kepada para penerima.
Utamakan Harapan Keluarga
Menurut Aqilah Fatinah, beliau dan adiknya meletakkan harapan keluarga sebagai keutamaan, selain saling membantu dan bertanya khabar bagi memberi sokongan moral dan emosi. Katanya mereka sentiasa mengingati pesanan ibu bapa agar tidak mengabaikan solat serta menjaga hubungan baik antara keluarga, pensyarah dan rakan sekelas.
Anak ketiga daripada enam beradik itu kini melanjutkan pengajian dalam ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) di Universiti UOW Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu Athirah Najihah, 24, yang kini bekerja sebagai jurutera perisian teknologi maklumat (IT) di Hengyuan Refining Company Berhad, Port Dickson; turut tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dengan penghargaan yang diterima hari ini.
Anak keempat itu bertekad mahu terus cemerlang dalam kerjayanya dan bercita-cita menjadi pakar IT suatu hari nanti.
Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya berkata Yayasan Negeri Sembilan memperuntukkan RM490,000 bagi penganugerahan itu dan setiap pelajar cemerlang berkenaan menerima RM5,000 berserta sijil. Katanya yayasan itu akan turut menghapus kira pinjaman pendidikan tujuh orang penerima anugerah itu, yang bernilai RM88,500.
Sumber : BERNAMA
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rindu Berjauhan Dengan Mak & Ayah, Murid Tahun Satu Ni Menangis Mengadap Dinding!

Anak-anak bila ke sekolah macam-macam ragamnya, ada yang mencuit hati hingga mampu membuatkan kita tertawa bahagia melihatnya malah tidak kurang juga hingga ada yang membuatkan kita terasa sebak dengan tingkah laku mereka apabila dikongsikan di media sosial.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang guru yang difahamkan mengajar di salah sebuah sekolah di Cameron Highlands. Beliau berkongsi gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana rindukan ibu dan bapanya di Twitter.
Anak murid tahun satu ini dilihat duduk bersila sambil mengadap dinding seorang diri.
Ujar cikgu tersebut, meskipun semalam datang elok sahaja untuk tinggal di asrama namun hari ini sudah sedih dan menangis terkenangkan ibu dan ayah.
Difahamkan anak murid ini berasal dari kawasan pedalaman dan ini merupakan pengalaman pertamanya ke sekolah dan sebelum ini juga tidak pernah belajar di kelas pra sekali pun. Kiranya ini pengalaman serba baharu buat dirinya.
Atas alasan ini juga menyebabkan anak murid ini memerlukan masa untuk serasi dan selesa berada di sekolahnya itu.
Melihat keadaan itu, BungaLale menitipkan kata-kata positif dan berjanji bahawa cikgu-cikgu dan rakan-rakan akan membantu murid tersebut agar biasa dengan persekitaran sekolah dan akhirnya seronok berada di sekolah tersebut.
Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua.
Meninjau di ruangan komen pelbagai reaksi diberikan.
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
“Tak Perlu Tunggu Banyak Duit Baru Nak Pergi Terapi, Tengok & Belajar.” Ibu Anak Autisme Ini Kongsi Tip Jaga Anak Severe Autisme.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Namun apabila dikurniakan anak syurga, ujian dan cabaran ini lebih besar dibandingkan dengan ibu bapa biasa.
Tetapi mereka adalah ibu bapa yang cukup kuat dan hebat, kerana itu dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mengharungi cabaran tersebut.
Bagi Ummu Syirin, ibu kepada anak autisme, demi anak tersayang dia berkorban berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak syurganya itu.
Nyata pengorbanan tersebut berbaloi bila mana anaknya menunjukkan perkembangan yang baik. Jom baca perkongsian ibu berhati waja ini.
My autisme angel….(SEVERE autisme)
Ada yang minta saya share perkembangan Syirin-10 thn…(yg lmbt bls pm,maaf kdg sy sibuk urus anak atau menjahit-cari duit he he?)sebenarnya malu nak share krn sy lmbt mula tp tengok yg inbox ada yg mcm sy dulu teragak2 krn faktor kewangan-baiklah sy share dr hati)
Terima kasih tak terhingga kerana ada ramai ibu2 berhati emas dan admin yg tubuhkan group ni…ada yang hadiahkan suplement, tolak jual dulu stock yg ada kpd sy dan ramai yang memberi kata2 semangat dan ilmu…Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Anak saya severe autisme…bru dijaga sepenuhnya semula oleh saya….Sebelum ni dijaga maid dan adik sy, tinggal dgn saya dan suami yg sibuk niaga(niat nak cri byk duit utk kos rawatan Syirin d luar negara setelah disahkan severe autisme d usia 4 tahun)kemudian bisnes kami jatuh dan kerana ada lg 4 anak lain Syirin dijaga dgn baik oleh keluarga mertua ketika umur 7-10 thn, byk doktor juga mereka dah p sana sini apoitment x putus.
Sebelum ni Syirin 2 tahun PDK dan 2 tahun d Nasom…belum ada perkembangan kerana dia tak mau ikut langsung aktiviti dan laporan pun smua x ok.Dalam kelas dia merengek hampir setiap hari dan mungkin kerana ini selalu sangat balik dgn lebam di dahi(minggu lepas 2 kali di dahi)…Pernah lebam kesan gigitan di belakang betis dan pelbagai kesan lebam lain.Ckgu ckp pelajar lain terganggu.Sambil tu sebulan sekali teraphy d hospital.
Masih berpampers,trkdg trmakan poo sndiri
Tak ckp langsung walau ada suara
I.Q sgt rendah,mcm lg rendah dr budak umur setahun-kita rentangkan reben dia terus tak boleh lalu dah,bru skrg setelah seminggu amal 2 jenis suplement ni pndai ckt dah boleh alih kerusi penghadang pintu bilik dia dan angkat reben tinggi n langkah reben rendah.(nyesalnya x usaha dptkan dr awal)
Adik2 Syirin pun terkejut, Syirin dah pandai sikit.Tempat simpan biskut pun dah pndai buka?
Sekarang dalam proses dilatih sepenuhnya oleh saya sendiri daripada panduan yang diberi pusat teraphy yang kami pergi.
Memang sangat susah kerana agak lambat mula. Jd pd yg ada anak autisme tak perlu tunggu byk duit bru nak p teraphy tak mampu seminggu 2 kali, p seminggu sekali, atau paling kurang sebulan sekali.PASTIKAN YANG ANDA BOLEH TENGOK DAN BELAJAR.
Pada mulanya saya nak fokus pd Syirin saja tetapi memandangkan kos teraphy agak tinggi pada kami, saya ambil upah menjahit smula…doakan saya ya kawan2…..Mudahan dapat usaha yang terbaik untuk Syirin walau agak terlambat.Sedang usaha nak beli beberapa peralatan teraphy.Ada yang dah order dari pakar teraphy.
Tips buat yang bertanya2….saya pun tak pandai,cuma elak jd mcm saya lambat mula dgn serius kerana faktor kewangan-Pada mulanya hanya jumpa doktor2 dan tidak terus ke pusat teraphy.
#Usaha sedaya upaya, jaga pemakanan, dapatkan suplement jika perlu
#Jangan biasakan gadget walau dia menangis,cuba beraktiviti
#Jangan bg anak duduk bentuk W-anak saya dah 10 tahun buat, mcm dia sakit bila kami nak betulkan
#PENTING!!!!Jangan tunggu banyak duit baru nak bawa teraphy yang perlu, sekarang saya dah boking untuk next2 apoitment walau duit belum ada, saya yakin dapat sdiakan sebelum masa teraphy insya’Allah.
#Anak saya tidak mahu pegang mainan dan tak mahu main apa2 sejak kecil, bw p tempat permainan mana2 pun dia akan merengek ja,,jadi ototnya agak keras dan ketat..#Video nampak mudah dan lancar tapi di sebaliknya berpeluh2 juga saya, walau hanya membantu pakar teraphy.
#Mild autisme mungkin ok stakat p PDK atau Nasom tapi SEVERE autisme…ibu kena berkorban lebih, jika perlu juga bantu suami cri rezeki, usaha yg boleh buat dr rumah.
Yg baik dari Allah, yg tersilap dari kelemahan saya…
YA ALLAH…YAA RAHMAN….YA RAHIM…YA RAZZAK…YA FATTAH…YA ALIIM…
KAMI PERCAYA PADA JANJIMU, KERANA TAHU APA DI GENGGAMANMU…
Dalam pada itu Ummu Syirin turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai anak severe autisme untuk bertukar pendapat dan tips terutama menghadapi dan menangani bila anak ni akil baligh dan lain-lain masalah.
“Terapist lain, yang ibu bapa terpaksa hadapi hari-hari lain pula. Jadi, kalau ada yang sudi berkongsi pandangan dan tip bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama berkongsi demi kebaikan anak-anak kita.