Tawan Suami Bukan Sahaja Pada Wajah Cantik Je, Tapi Beri Tumpuan Pada 7 Bahagian Ni.

Share

Menjadi impian bagi setiap wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Ini kerana ia mampu meningkatkan lagi keyakinan diri. Namun untuk tampil cantik, bukan lah perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang konsisten dan pelbagai persiapan rapi demi mencapai hasrat ini. Persediaan rapi yang boleh dilakukan merangkumi rawatan diri seluruh tubuh badan dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Ikuti langkah-langkah ini.

 Bibir – Pilih lip balm dengan kandungan vitamin E yang boleh mencegah bibir kering dan merekah berpunca daripada cuaca dan diet tidak seimbang. Lakukan pengelupasan bibir anda sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membersihkan lapisan kulit mati. Basahkan berus gigi dengan air suam dan dengan perlahan gerakkan ke kiri dan kanan pada bibir anda.

Wajah – Untuk wajah pula, ahli dermatologi boleh membantu anda mencari solusi masalah jerawat dengan krim topikal juga pil oral atau melakukan pengelupasan kulit untuk menyingkirkan minyak dan bakteria pada wajah. Selain itu, jangan lupa lakukan rawatan wajah di spa kecantikan mahupun lakukannya sendiri di rumah.

Laser & Waxing – Kaedah laser akan menyelamatkan anda dari jadual bercukur setiap hari! Kaedah ini mampu melambatkan proses pertumbuhan bulu dan sesuai dilakukan pada sekitar wajah, kaki dan tangan. Jika tidak, pilih rawatan waxing sebagai alternatif. Dapatkan khidmat pakar untuk melakukannya dengan bahan berkualiti.

Rambut – Mencuci, mengeringkan rambut dan menggayakannya mengakibatkan kerosakan rambut. Menurut pakar, diet yang dilengkapi Vitamin B mampu membantu mengembalikan sinaran rambut semula jadi malah dengan pengambilan lebih ikan, kekacang dan telur memberi permulaan yang baik. Urutan kepala dan rawatan hidrasi empat minggu awal bukan sahaja menyuntik kesegaran, malah ia turut merangsang folikel dan membuat rambut lembut beralun.

Badan – Terdapat pelbagai sebab mengapa urutan adalah rawatan kecantikan terhebat . Salah satunya ia membantu menenangkan tekanan. Minda yang bebas daripada tekanan bukan sahaja mendamaikan, tetapi menjadikan kulit badan juga semakin sihat. Mengurut juga adalah satu kaedah rawatan bagi meningkatkan peredaran darah juga turut membantu menyuburkan dan mengembalikan seri kulit badan.

Kuku – Kerap merias jemari dengan melakukan rawatan manicure dan pedicure adalah cara terbaik untuk memiliki tangan dan kaki yang cantik. Ini kerana memiliki kuku yang sihat juga cerminan personaliti diri. Jangan lupa menyapu minyak kutikel setiap hari untuk memastikan kuku kekal terhidrat dan sihat bersinar.

Mata – Lingkaran hitam dan bengkak pada mata adalah perkara biasa yang sering dialami, lebih-lebih lagi setelah bergelar ibu. Kulit di sekitar mata agak sensitif, tanggalkan solekan mata dengan lembut dan usah lupa menyapu krim mata setiap malam. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mengurangkan penampilan lingkaran hitam. Untuk mengatasi mata yang bengkak, letakkan ais pada dua belah mata setiap sekali seminggu untuk membantu mengurangkan bengkak.

Tip Wajah Berseri:

  1. Pengambilan air secukupnyaiaitu lapan biji gelas sehari menjadikan kulit terhidrat, segar dan tampak berseri-seri pada hari bahagia nanti. Selain itu, lakukan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur untuk awet muda.
  2. Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya.
  3. Cara yang paling mudah dan terbukti berkesan ialah dengan sentiasa ceria dan senyum selalu. Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri.