Kelazimannya kita tidak akan membeli tauhu dalam jumlah yang banyak,cukup sedar untuk sekali masak.
Bukan apa, kita bimbang sebenarnya kalau dibeli terlebih akan cepat basi atau rosak pula. Akhirnya dibuang sahaja!
Tapi sebenarnya, ada cara dan tip yang boleh dipraktiskan untuk pastikan tauhu lebih tahan lama. Ini sebagaimana perkongsian Azura dan boleh dicuba. Jom semak.
Kongsi petua cara simpan tauhu.
Cuci dulu, then rebus tauhu sampai terapung atau timbul biji-biji kecil dah tu tos dan sejukan..
Simpan di Chiller. Tauhu mampu bertahan lebih 2 minggu.. In Shaa ALLAH.. tauhu tak mudah rosak atau masam.
Sapa macam saya..
Dan petua serta persoalan yang dikongsikan oleh Azura Aris di Page Masak Apa Hari Ini (MAHN) mendapat respon daripada warganet.
Rupanya ramai juga yang tidak tahu akan trik ini dan tidak kurang juga ada yang berkongsi cara dan tip sesama mereka untuk pastikan tauhu yang dibeli kekal elok dan tahan lama.
Ini antaranya dan bolehlah dicuba.
Sumber : Azura Aris Via MAHN
“Pimpin Tangan Lintas Jalan, Berdikarinya Anak Sejak Kecil.” Rita Rudiani Hantar & Tunggu Anak Solat Jumaat. Supermom Hebat!
Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak menjadi orang yang berguna. Kerana itu, anak-anak harus dididik dan di asuh sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Demikian juga dengan pelakon cantik manis seorang ini. Sejak dahulu lagi, Rita Rudaini memang sudah diketahui sangat mementingkan anak-anaknya. Biarpun sendirian membesarkan dua heronya, namun ketabahan dan sikap penyayang seorang ibu sangat dikagumi ramai.
Terbaru, Rita memuat naik sekeping gambar anak-anak lelakinya mengerjakan solat jumaat. Dalam perkongsian tersebut, Rita memberitahu selain menghantar anak-anaknya menunaikan solat, dia juga akan menunggu sehingga mereka selesai.
Mommy sentiasa hantar dan tggu selagi ada hayat…kenangan paling mahal yg xbole di ulang kembali ….
View this post on InstagramMommy sentiasa hantar dan tggu selagi ada hayat…kenangan paling mahal yg xbole di ulang kembali ….
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Perkongsian tersebut nyata sangat menyentuh hati dan membuatkan ramai yang kagum serta memuji sikap Rita sebagai ibu yang prihatin dengan anak-anaknya.
masampin Kadang terharu tgok sis😭. Tabahnya seorang ibu sanggup tunggu anak untuk bekalan akhirat. Semoga sis diberi kesihatan, rezeki yg baik untk mnjaga anak anak.
cherynms Rajinn nya mummy… Insyaallah jd ank soleh… Be stton Mummy Rita smga dimudahkan 😘
syikin.shananan how i wish i can hantar n tunggu macamni every friday.. tapi i keje jauh dari rumah so xde chance la.. harapkan anak2 berdikari sendiri je pegi ngan kawan2..
kakteh_alfalah 😍😍Allahhu…ank soleh
atie4696 Sebak plak tgk😢tapi I know you can do it💪women power❤️
khdjhabkr Rita you mummy yg hebat semuga Allah sentiasa bersama you & ank2
norazlinda_saadon @ritrud727 samalah!! sementara tgu dieorg siap solat abis surah kahfi sy baca dlm kete 😂😂
norhidayuanuar Berdikarinya ank Kak Rita dari kecil. Mereka membesar dgn kasih syg mommy insya-Allah mereka juga akan menyayangi mommy sehingga ke akhir hayat mereka💞
miza_luthfiya Kamu la ibu,kamu la ayah..keep strong dear dlm mmbesarkn ank2..moga dprmudhkn urusan stiasa💪😊
mhanyhisham Insyaa Allah kenangan ini juga akan terpahat di kepala anak2 Rita sepanjang hayatnya
sharinashafiz Kasih dan pengorbanan seorang ibu… 🌹
ita_shuh Pimpin tangan nak lintas. So sweet 😍
nurul_167 😭😭😭😭Sebak tgk. Nnt da besar pimpin tgn mummy ye syg. Pengorbanan mummy kamu tiada tolak bandingnya😘❤️
Sumber: IG ritrud727
Perut Kempis & Badan Tak Berangin, Wanita Ni Dapat Rasakannya Selepas Amal Perkongsian Petua Dari Auntie Cina Ketika Hiking!
Bila ada antara kita melihat orang perempuan yang telah berumur namun masih bertenaga dan solid tubuh badannya tentu kita tertanya-tanya dan ingin tahu apa petua atau amalan yang dilakukannya.
Contohnya seperti perkongsian daripada Noor Azlina ini yang mendapat petua kesihatan daripada wanita cina yang berumur 60 tahun, namun fizikalnya cukup bertenaga dan cergas.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya dan bolehlah kita juga amalkan untuk mendapatkan khasiatnya. Jom semak.
Penawar untuk kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit
Sebenarnya resipi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pun sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katanya sakit perut sebab angin dan sembelit.
Pastu resepi ni dia bagi sorang mak cik Melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun, tekanan darah pun cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasalah bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pun tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.
Ina balik rumah selang seminggu dua, baru teringin nak buat..Eh betul cakap dia perut tak angin, rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak-agak boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun pandan tu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Halia, asam keping dan daun pandan.
Cara penyediaan:
- Masukkan air dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan.
- Masak sehingga mendidih.
3. Biarkan suam atau sejuk dan sedia untuk diminum. Boleh juga ditambah madu untuk rasa yang lebih enak.
Sumber : Noor Azlina Mohamed Zain
Segala Resipi Simpan Dalam Phone Lagi Senang Nak Cari Bila Guna Teknik Ni. Mak-mak Mesti Suka!
Biasanya bila ada sahaja menu yang viral pasti kita akan mencuba resipi baru untuk dapat dinikmati bersama keluarga.
Paling tidak pun kita download, save atau screenshot resipi tersebut untuk disimpan terlebih dahulu. Bila ada masa bolehlah dicuba.
Namun timbul pula masalah lain, bab nak mencari balik resipi-resipi tersebut untuk dirujuk memang susah sebab bersepah-sepah dalam phone kita.
Nak lebih teratur dan bagi memastikan resipi-resipi yang kita ada mudah untuk dicari semula, ada baiknya anda buat seperti yang dikongsikan oleh Fafa Abdullah ini.
PENING NAK CARI RESEPI DALAM HANDPHONE?
Telefon penuh sebab banyak simpan resepi?
Screen shot resepi, download dan safe lepas tu susah cari?
Ni saya nak share aplikasi yang ibu ibu, kakak kakak, adik adik, mak mak, abang abang, chef chef nak masak dan rujuk mudah.
Nak plan menu dan beli barang pun mudah.
Boleh edit resepi asal yang dah preset oleh aplikasi ni.
Cara :
1) masuk Google PlayStore
2 ) Search Easy Menu Planner
3) Download
4) Edit dan gunalah.
Mudah kan
Rujuk gambar gambar yang saya dah tolong download ni ya.
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Selamat membersihkan handphone anda dan semoga bertambahlah space ye!
PS: saya ni memang apps freak kan. Segala mak nenek nak apps
Share lah ye kalau bermanfaat. Selamat merancang menu sepanjang cuti sekolah!
Sumber : Fafa Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club