
Tauhu yang tidak sempat dimasak lama biasanya akan berbau masam. Jangan terus buang dahulu kerana ada caranya untuk memulihkanya semula.
Hanya dua bahan utama sahaja diperlukan untuk kembalikan kesedapan tauhu basah tersebut. Jom cuba.
1. Belah tauhu kepada empat bahagian, tetapi jangan sampai terputus sepenuhnya.
2. Kemudian, ambil semangkuk air panas yang mendidih dan masukkan tauhu basah tadi.
3. Rendam tauhu dalam air panas tersebut, kemudian masukkan secubit garam.
4. Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu, kacau sedikit tauhu dalam air garam sebelum digunakan.
Tauhu basah yang masam kembali elok seperti baru dibeli di kedai.
Dengan cara mudah ini yang menggunakan garam dan air panas dalam rendaman, anda tidak perlu membazir.
Wajib cuba!
Watch on TikTok
Kredit: Tik Tok @amyrulmokhtar8
Begini Rahsianya Nak Buat Talam Sagu Jadi Sedap.

Sedapnya kuih talam sagu merah ni. Ramai yang ingin mencuba kuih ni. Makan ketika minum petang pun sedap.
Ikuti perkongsian puan Harum Wangi ni. Dah lah sedap, nak buat pun senang.
Percubaan Malam semalam. Nak buat sagu saja malas nk on mesin kelapa. So terhasil lah #talamsagu . Tak pernah buat pon, ini Kali pertama. Menjadi pula. Tekstur sagu kukus, kenyal² bukan liat ye. Topping atasnya kena cantik keras supaya bila potong tak berlemuih kata org utara. Hehehe..
Resepi:
Sagu ( rendam bg kembang sat & buang airnya)
Gula halus ( Gaul dlm sagu ikut agak² manis je + pewarna merah @ sirap)
Oles Loyang dgn sikit minyak & ratakan sagu tak perlu tekan². Bg sagu ruang utk mengembang. Boleh tambah sikit air dlm sagu Tu supaya bila sejuk sagu tak liat MCM getah scrap . Boleh kukus sehingga masak. Tak lama sgt, blh npak sagu bertukar rupa. Sebelum letak lapisan ats , cakar2 sikit permukaan sagu supaya lapisan senang melekat.
** Sukatan sagu agak² jer utk Loyang. Jgn penuh sgt nnt nk letak lapisan ats tak Ada ruang.**
LAPISAN ATAS:
1 cwn tepung ( tpg gandum + tepung ubi sikit dlm 2 sdb.)
2 sdb tepung jagung
3 cwn santan ( santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama bnyk dgn air pon blh. Sy tak suka terlalu lemak. Nisbah saya 1:2. )
Garam sikit bg lemak jer rasanya.
Bancuh sekali semua. Tapis jika tepung berketul. Kacau naik wap sikit ats dapur. Jgn biarkan tpg berketul. Lepas siap Tu tuang ats sagu kukus & kukus lg sekejap dlm 10 mnt @ btl² masak. Siap!!!
Kredit: Harum Wangi
Sedapnya Resipi Air Jagung Ni, Sempoi & Padu Rasanya. Campur Pula Aiskrim Memang ‘Heaven’

Gabungan aiskrim, jagung dan beberapa campuran bahan lain memberikan rasa luar biasa untuk resipi air ini.
Kalau hujung minggu ini anda plan nak buat rumah terbuka,boleh cuba menu simple tapi kebabom ni. Pasti membuatkan ramai yang terpikat dengan keenakannya.
Nak tahu caranya, Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tok @ashaanuar.
Bahan-bahan:
Air aiskrim soda
Pes perisa jagung
Susu cair
Jagung manis
Susu pekat
Aiskrim vanila, coklat atau strawberi -ikut suka
Cara membuat:
Masukkan sahaja kesemua bahan bersama campuran ais batu.
Akhir sekali baru masukkan aiskrim dan kacau sampai sebati.
Biarkan ia sejuk dan sedia dihidang.
Sumber: ashaanuar
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Telur Sebagai Sarapan Dan Tingkatkan Kepintaran Minda Anak. Take Note Nasihat Dr Ini.

Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak sedang berada pada usia pra sekolah. Kebiasaannya, besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda anak-anak.
Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.
Pemakanan seperti ini dapat membantu anak-anak mendapat minda untuk cerdas. Selain itu, otak mereka juga sedang ‘bersenam’ dengan melakukan aktiviti bermain. Otak yang aktif akan mudah untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan akan dapat memperkayakan pengalaman mereka.
TELUR SEBAGAI SARAPAN ANAK-ANAK KITA

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meningkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad