
Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Tauhu Berlauk. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan sebagai kudapan minuman petang. Anak-anak gerenti suka!
BAHAN-BAHAN:
4 ketul tauhu
2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)
50 gram udang atau isi ayam
1 tangkai cili merah
1 batang daun bawang dan daun sup
4 biji telur
sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.
3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.
6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.
Siap!
Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili kicap dan kuah rojak.
Selamat Mencuba!
Tak Sangka Sedap Rupanya! Sup Barli Berlauk Sesuai Redakan Panas Dan Demam

Kebelakangan ini, banyak isu kesihatan yang sedang hangat, antaranya strok haba, demam, batu dan selsema. Cuaca juga sekarang tak menentu menyebabkan ramai yang mudah dijangkiti.
Bila sebut tentang demam, pasti para ibu pening kepala nak makan apa terutamanya kalau anak-anak kecil kerana mereka sangat sensitif jika tersalah beri makanan. Tapi, jangan risau resipi sub barli yang dikongsikan oleh Siti Annallyssa ini sangat mudah dan sedap.
Tak dinafikan khasiat barli sangatlah banyak dan elok untuk kesihatan tubuh badan. Selain dijadikan sebagai air, barli juga boleh dimasak sepeerti sup bersama bahan tambahan lain untuk menambah lagi selera makan ketika demam. Jadi, resipi ini sangatlah disyorkan untuk dicuba.
Sup Barli
Bahan-Bahan:
- Biji barli
- Dada ayam
- Bawang holland
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Lada hitam
- Sayur-sayuran seperti lobak merah, daun sup ikut citarasa
Cara-Cara:
– Rebus barli selama lebih kurang 30 min, kemudian di periuk lain rebus dada ayam bersama bawang Holland, bawang Putih, halia, serai dan lada hitam (tanpa tumis).
– Perasakan dengan garam. Apabila barli lembut. Satukan kedua-duanya. Siap.
Sumber: Siti Annallyssa
Nasi Ayam Penyet Viral Ini Cecah 35K Share. Ini Resipinya, Patutlah Ramai Suka.

Hidangan nasi ayam penyet sangat popular dikalangan kita. Rasanya yang pedas dengan ayam goreng berempah serta ulam dan tempe goreng menjadikan menu ini pilihan ramai.
Apa kata cuba memasak hidangan ini dirumah. Cara penyediaanya tidak sukar. Rasanya memang lazat, memang boleh lawan masakan di kedai.
Ikuti perkongsian resipi ini
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Bahan Ayam Goreng
Tepung Gandum 4Sudu
Tepung Jagung 4 Sudu
Kunyit sikt+Rempah Kari Daging Sikit..Dan Perasa..
Gaul2Kan Ayam Tadi Dan Goreng
Bahan Tempe..
Hampa p beli hat siap Kat kedai..Balik Gorengg jaa..Tak yah dok Qendam soya bagai nk BT pulakk..
Bahan2 ulamnya
Salad
Kacang Panjang
Timun
Ringkas2 jaaa… Selamat Mencuba Gaiss
Sumber: Puan Jida Jat
Al-Quran Yang Rosak Akibat Banjir, Mufti WP Terangkan Kaedah Lupus Ikut Syarak.

Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini sudah pastinya menjadi kejadian yang tidak dapat dilupakan terutama bagi mangsa yang melalui bencana ini.
Ramai yang kehilangan dan kerosakan harta benda. Ia termasuk naskah Al-Quran. Banyak yang ditemui dalam keadaan rosak dengan disaluti lumpur dan basah.
Meninjau di socmedia ada warganet bertanya mengenai kaedah yang terbaik untuk melupuskan Al-Quran yang sudah rosak.
Nak tahu lanjut mengenai persoalan ini ikuti sebagaimana yang dinyatakan oleh laman web rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini
Bagaimanakah kaedah pelupusan al-Qur’an yang rosak akibat banjir seperti yang melanda di sebahagian negeri-negeri di Malaysia baru-baru ini?
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah mengurniakan kepada kita nikmat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kemudian.
Sebelum saya melebarkan jawapan ini, marilah sama-sama kita menginsafi apa yang berlaku berkenaan dengan banjir atau bah besar yang melanda pada sebahagian Negara kita seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis dan Sabah. Walaupun begitu, sifat sabar, redha dan menghulurkan bantuan samada wang ringgit, harta benda bahkan tenaga bertali arus oleh semua pihak. Usaha seperti ini sewajarnya dipupuk dengan lebih baik lagi.
Firman Allah Ta’ala :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr ayat 9)
Sebenarnya persoalan ini pernah kami jawab secara umum dalam Irsyad Fatwa ke-12 yang lalu. Walaupun begitu, pada kali ini saya akan tafsirkan dengan lebih terperinci. Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat.
Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di dalamnya.
Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”
Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137.
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84
Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar.
Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata :
“Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.
Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226.
Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut.
Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187
Tarjih
Menanam atau membakat adalah harus
Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, saya melihat bahawa adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf.
Walaupun begitu, saya lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidna Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya.
Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali.
Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak.
Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.
Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club