Bila nampak sahaja Tauhu Begedil mesti ada yang teringin untuk menikmatinya. Rasa tauhu yang enak berinti, dicicah pula dengan sambal kicap yang pedas, nyata memenuhi selera ramai antara kita.
Apatah lagi jika inti di dalamnya sarat diisi dengan kentang dan ramuan lainnya, bertambah menyelerakan dan puas hati dijamah. Ini sebagaimana perkongsian resipi Tauhu Begedil Inti Overload yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ini.
Menurutny, “Salah satu makanan frozen yang mesti ada dalam peti cikgu. Cikgu buat lebih kemudian bekukan dalam bekas. Jangan tak tahu, hangat tau sambutan resepi tauhu begedil cikgu kongsi dekat wall sebelumnya. Ramai berminat sebab namanya kali ini cikgu panggil tauhu begedil inti Overload.”
Tambahnya lagi, “Walaupun ramai dah sedia maklum resepi asalnya, cikgu tunjuk juga sebab ada kelainan cikgu buat. Tak cukup setakat dua tiga ketul masuk mulut. Makan sampai tak sedar dah licin sepinggan sebab sedap yakmat.”
“Kalau dijadikan menu tambahan masa buat potluck dulu-dulu mesti tauhu begedil ni habis yang pertama. Tak percaya? Haa cikgu dah buat. Habis sekelip mata je.”
Resepi Sambal Kicap Awesome
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
* kali ni cikgu tambah 1 1/2 sudu besar bawang goreng : tips dari saranan kawan-kawan lain. Sambal lebih pekat dan berperisa
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
Jom mula buat.
– 5 biji kentang yang siap direbus kemudian dikupas kulit
– hirisan daun sup
*cikgu lupa potong cili merah. Nanti hiris nipis dan sediakan sekali.
Untuk rasa inti yang lebih sedap, tambahkan campuran daging kisar.
Cikgu masak sekejap atas pan. Tambahkan hirisan bawang merah, holland dan bawang putih yang dipotong dadu. Perasakan dengan 1 sudu besar sos blackpepper, serbuk blackpepper dan secubit garam.
Kali ini untuk kelainannya, cikgu tambahkan bahan di atas untuk disumbat sekali dalam inti tambahan tauhu secara berasingan.
– crabstick
– bebola daging (rebus seketika dan belah 4)
– sosej cheese (celur seketika)
Lenyek dengan lesung batu kentang tadi.
Kemudian masukkan daging kisar, daun sup, cili merah serta 2 sudu besar bawang goreng.
Perasakan dengan 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah, secubit dua serbuk perasa dan secubit kecil garam.
Gaulkan sebati kesemuanya sekali begini.
*rasa inti tidak perlu masin kerana pencicah sambal kicap yang akan melengkapkannya.*
Sediakan tauhu kering.
Belah tauhu berbentuk X dengan gunting.
Ambil inti tambahan dan bulatkan sekali bersama kentang lenyek tadi.
Bentukkanlah macam mana rupa gayanya sekali pun. Asalkan semua inti tersebut muat dalam tauhu
Haa siap. Setiap ketul tauhu ada tambahan inti berlainan.
Macam-macam rupa sebab cikgu nak kejar waktu berbuka masa ni. Overload!
Kalau tak nak bahagian atas cepat hangus, sepatutnya sumbat inti betul2 masuk dalam tauhu kering tu.Takpalah kita buat diaa. Haa
Seterusnya, pecahkan sebiji telur. Cikgu tak letak garam pun.
Kacau-kacau. Ambil seketul demi seketul tauhu tadi celup dalam telur. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
Sentiasa balik-balikkan selepas salutan telur mengeras. Angkat sesudah kulit luar garing.
Toskan
Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap awesome dan gigit cili padi hijau sekali kalau lawan pedas.
Sesuai sungguh makan bila-bila masa. Yang lebih cikgu masuk bekas dan frozenkan.
Mudah tetapi sangat sedapppp. Semoga bermanfaat.
Sumber : Afy Al Habibi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club