Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.
Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya.
Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.
Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu.
Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar.
Sumber Cahaya Ara Ixerora via MAHN
Begitu juga cara yang Sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy taugeh dan menurutnya jika dibuat petua tersebut bukan sahaja taugeh kembali berwarna putih malah akan tahan lama dan taugeh tak cepat rosak.
“Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”
1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.
2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.
“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”
Kredit: AwisyAlif AlifAwisy
Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Mungkin ada yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan istimewa di Hari Raya nanti. Kalau dapat jenis biskut yang popular dan memang menjadi kegemaran ramai seperti biskut conflakes, alangkah bagusnya dan bertuahnya rasa.
Maklumlah terdapat banyak sangat versinya, namun perkongsian daripada cikgu masakan yang tak asing lagi Cik Dayang Zuhaila, mencuri tumpuan dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya.
“Alhamdulillah. Resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat tanpa teloq. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit2 pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cikdyg pernah share dah resepi ni dulu. Tapi ada yang mintak lagi,” tulisnya di salah satu group masakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan bahan dan kita sediakan biskut ini
RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP
BAHAN A :
250g butter
130g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla powder
BAHAN B :
90g tepung jagung
300g tepung gandum
100g cornflakes (diramas)
100g badam cincang
100g coklat cip
30g coklat rice
CARA-CARANYA
CARA-CARA :
1.Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kesemua BAHAN B dan gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Uli sehingga adunan sebati dan bersalut elok.
4.Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susukan di atas baking tray . Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
4.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing
Ekstra Info
Bahan-bahan yang digunakan. Nak tukar butter lain boleh. Nak tukar kekecang lain boleh. Nak kurang kan manis kurangkan gula sikit tapi hati-hati, biskut akan jadi keras.
SELAMAT MENCUBA
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Puding Biskut Marie Mewah Dengan Coklat, Makan Sepotong Memang Tak Cukup
Puding Biskut Marie Mewah Dengan Coklat, Makan Sepotong Memang Tak Cukup
Puding biskut Marie dan kek batik, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mahal. Pendek kata sesuai untuk mak-mak yang anak ramai.
Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik.
PUDING BISKUT MARIE (EDISI KURANG MANIS)
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)
LAPISAN KEDUA: PUTIH
6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
¼ cawan gula (80gm gula)
1 sudu kecil essen vanilla
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT
1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.
2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
3. Dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.
9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Kredit resipi: Muhammad Ali @ Mr Ali
Rahsia Daging Goreng Kunyit Lebih Berperisa Dan Sedap, Bahan Ni Wajib Ada!
Menu simple seperti daging goreng kunyit sudah semestinya menjadi pilihan waktu berbuka atau bersahur. Bukan hanya mudah cara membuatnya bahkan rasanya yang sedap buat ia sentiasa jadi pilihan.
Pun begitu memasak daging goreng perlukan tipnya agar lebih lembut dan sedap. Perkongsian resipi Aisyah Humaira ini anda kena cuba.
Air tangan resipi ayahnya ini turut menambah halia yang ditumbuk. Ia dikatakan membantu menyedapkan lagi daging kunyit. Yang ni wajib cuba!
Daging goreng kunyit resipi ayah Zie. Dia suka yang garing tapi liat-liat lembut. Kalau ayah goreng daging mesti kami berebut kunyah meratah. Sedap! Sebab letak benda tu kot.
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging dihiris nipis
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat (ni rahsia daging lebih berperisa dan sedap)
Garam, maggi cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
1. Satukan semua bahan ni.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga masak.
3. Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran ketika daging hampir masak seperti kacang panjang, cili padi atau lobak merah.
Selamat mencuba!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Aisyah Humaira