Taugeh Jadi Lebam, Dimasak Pun Tak Menarik. Ni Cara Mudah Putihkannya!

Share

Taugeh antara menu sayur yang mudah dan ringkas penyediaannya dan kalau dibeli, cukup murah harganya.

Pun begitu, jika tersimpan lama akan cepat berubah warna dari taugeh yang putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.

Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini caranya.

Pernah tak awak beli taugeh lepas tu terlupa nak masak sebab anak dah nangis atau sibuk dengan kerja lain Kemudian lama letak kat luar taugeh da hitam macam lebam-lebam. Nak masak pun tak semangat dah.

Ehh sabar jap! Jangan buang taugeh tu.
Rendam kan balik dan letak beberapa keping asam keping. Nanti dia akan putih balik macam baru beli kat pasar.

Selepas siap dimasak

Sumber Cahaya Ara Ixerora via MAHN

Begitu juga cara yang Sama dilakukan oleh AwisyAlif AlifAwisy taugeh dan menurutnya jika dibuat petua tersebut bukan sahaja taugeh kembali berwarna putih malah akan tahan lama dan taugeh tak cepat rosak.

Saya nak kongsi petua kalau nak taugeh tahan lama & dan tak cepat rosak buat macam ni ja.”

1. Masukkan taugeh dalam plastik letak asam keping sekeping.

2. Masukkan air sampai taugeh tenggelam ikat kuat-kuat.

“Taugeh ni saya simpan dah 9 hari masih elok dan segar. Taugeh pun tak berubah warna masih putih bersih.Pastikan air ditukar 2 hari sekali ya..”

Kredit: AwisyAlif AlifAwisy