Kalau anak-anak dulu, bebas dibiarkan bermain kat luar. Tak kisah la apa pun, bermain basikal, main bola, lompat getah, dan bermain lari-lari. Sememangnya itulah kehidupan yang pergi dihadapi oleh mereka. Dunia yang bebas dengan masalah.
Tapi kini, sejak munculnya pelbagai jenis gajet, anak-anak lebihnya masa di rumah. Banyak habiskan masa di hadapan screen tak kisahlah televisyen mahupun telefon pintar menonton video atau bermain permainan.
Perkara ini sememangnya ini amat merisaukan untuk ibu bapa. Mereka perlu memantau juga anak-anak.
Namun, lain pula dengan video ini apabila ibu bapa membawa anak mereka ke sebuah muzium penjara telah mencuit hati ramai.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok, keluarga ini pada ketika itu sedang melawat sebuah muzium penjara yang terletak di Melaka. Pada ketika itu, dapat dilihat juga pegawai bertugas sedang menunjukkan bagaimana cara sebatan bagi pesalah di penjara tersebut.
Dalam pada demonstrasi tersebut, si ibu dan bapa turut mengusik anak mereka yang suka bermain telefon dengan bertanyakan kepada pegawai tersebut adakah kanak-kanak yang suka bermain telefon akan mendapat sebatan yang sama.
Ads
Dek kerana faham dengan situasi tersebut, pegawai berkenaan mengiyakan saja dan memesan agar jangan selalu bermain telefon.
Situasi itu membuatkan si anak menangis kerana takut akan mendapat nasib sebatan yang sama.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa terhibur melihat respon dari adik berkenaan. Malah, ada juga yang bersetuju nasihat begini kepada anak kecil supaya mereka tidak terus lalai dalam dunia gajet ini.
Mendidik anak untuk menjadikan mereka insan yang berakhlak dan baik, kita sebagai ibu bapa sering juga berdepan situasi di mana anak-anak ini melawan kata.
Oleh itu, ada baiknya kita terus mencedok ilmu dan petua yang diamalkan oleh orang terdahulu untuk mendidik anak-anak.
Sebagai contohnya, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan di akaun fbnya. Jom semak.
TAK MAHU ANAK DEGIL DAN MELAWAN CAKAP IBU DAN AYAH.
Ini adalah petua orang-orang tua dahulu yang diamalkan supaya anak mereka tidak degil dan melawan cakap ibu dan ayah.
Petua ini saya lihat ramai yang sudah tidak diamalkan lagi, mungkin kerana suasana zaman sekarang sudah berubah atau tidak relevan lagi bagi orang zaman sekarang.
Petua ini cukup mudah sahaja oleh mereka waktu dahulu, dimana telah menjadi rutin bagi orang tua-tua dahulu setiap kali anak mereka tidur, mereka akan mengusap kepala anak mereka dengan telapak tangan sambil membaca kalimat ini seratus kali selama beberapa hari sehinggalah anak mereka terlelap, kemudian di tiupkan di ubun-ubun anak itu.
Kalau ada yang ingin mencubanya lakukanlah selama seminggu, dengan izin Allah kita akan dapat melihat perubahan pada anak itu.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk anak itu mempunyai budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi.
Kata Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki, jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan rumah tangganya kelak.
Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya.
Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki.
Jangan manjakan anak lelaki
Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka ini lah nanti bakal menjadi ketua keluarga.
Ada 7 sebab kenapa tak bolehmanjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita
Kena ajar anak lelaki berdikari kerana tak selamanya kita ada di sisi.
Jangan manjakan anak lelaki melampau. Didik mereka bahawa ibu bapa bukan orang suruhan.
Jangan manjakan anak lelaki sehingga menjadi ‘spoiled adult’.
p/s : Lebih 170,000 mak ayah belajar ilmu mendidik anak lelaki di Telegram Nota Parenting. Klik link ini untuk ke sana 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.