Kerancakan membuat persiapan menerima kunjungan tetamu sempena Hari Raya ini semakin terasa bila mana kaum ibu semakin ligat menyediakan pelbagai jenis biskut.
Tentunya dalam banyak-banyak biskut yang dibuat, tart nenas menjadi pilihan utama. Maklumlah biskut ini sangat digemari ramai.
Jika sebelum ini Kita biasa buat tart nenas yang digulung, tapi kali ini apa kata Kita buat bentuk kiub pula dan ini dia cara serta resipinya. Selamat mencuba.
TART NENAS KIUB
Bahan-bahan:
1 cawan butter@ marjerin (saya guna buttercup je)
2 sudu besar gula Kastor @ 2 sudu besar Susu pekat
1sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar Susu tepung (optional)
1biji kuning telur
Secubit garam
¼ cawan tepung kastard (Ayak)
¼ cawan tepung jagung (Ayak)
2 ½ cawan @ secukupnya tepung gandum (Ayak)
**jika doh lembik sila tambah tepung gandum secukupnya**
Ads
Bahan hiasan
-kuning telur + sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
1. Satukan butter, telur, gula/susu pekat, esen vanilla, minyak sapi,garam.. Pukul sebati, guna senduk kayu je..
3. Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit.. Uli doh dengan tangan.. Jika doh melekat Kat tangan, tambah tepung gandum dalam 1@2 sudu besar.
4. Masukkan doh dalam mould, letak separuh je, nanti letak inti, pastu tutup dengan doh.. Simpan dalam peti lebih kurang sejam.. Boleh keluarkan dari mould..
Ads
5. Sapu tray dengan sedikit butter, susunkan tart dalm tray dan sapukan kuning telur diatasnya.. Bakar lebih kurang 25-30min.. Suhu 170c.. Api atas bawah..
Sumber : Siti Norizan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengikut pengetahuan ringkas berkenaan Vitamin C, pastinya ramai antara kita sedia maklum dengan pengambilan Vitamin C ini ianya sangat bagus untuk merawat kulit agar kekal sihat dan berseri.
Lantas untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, kita merasakan dengan mengambil dos yang tinggi, itu adalah lebih baik. Pun begitu, tanggapan tersebut adalah salah dan tahukah anda apabila seseorang mengambil vitamin C dengan kadar yang tinggi melebihi keperluan tubuh ianya akan mengundang padah!
Hal ini dijelaskan oleh Dr Hafsah Sazali dan bagus kiranya kita fahaminya dengan lebih jelas tentang Vitamin C ini.
PERANAN VITAMIN C DALAM KESIHATAN KULIT
Vitamin C adalah penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang memberi struktur dalam tulang, gigi, kapilari darah dan membantu penyerapan zat besi. Dalam bidang kulit, vitamin C yang juga merupakan antioksida digunakan dalam bentuk topikal (sapuan).
Kajian menunjukkan ia bertindak sebagai agen anti-penuaan serta rawatan bagi masalah pigmentasi kulit, dan kerosakan dalam kulit akibat radiasi matahari. Tiada kajian kukuh membuktikan ia berkesan sebagai rawatan penyakit kulit kronik seperti ekzema.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk yang mengandungi formulasi vitamin C yang stabil dan berkesan adalah mencabar. Oleh itu, ia menghadkan penggunaan dan kajian lanjut bagi vitamin C topikal untuk tujuan rawatan kulit.
‘VITAMIN C NI KAN BAGUS, JADI KALAU AMBIL SUPLEMEN VITAMIN C DOS TINGGI LEBIH BERTAMBAH LA MANFAATNYA. BETUL TAK DOKTOR?
Vitamin C memang bagus tapi ini tidak bermakna pengambilan yang banyak dengan suplemen memberi lebih manfaat. Kekurangan vitamin C menyebabkan scurvy yang mempunyai gejala seperti keradangan gusi, kekeringan mulut, mata dan kulit serta folikel rambut. Scurvy boleh dirawat dengan pil suplemen vitamin C. Selain scurvy, tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi merawat penyakit kulit. Berbeza dengan tanggapan terdahulu, kajian terkini menunjukkan suplemen vitamin C tidak mencegah demam selsema. Ia mungkin bermanfaat untuk golongan tertentu sahaja yang melakukan aktiviti fisikal yang ekstrem seperti pelari marathon dan pemain ski.
Jumlah vitamin C yang diserap oleh badan terhad walaupun dos yang jauh lebih tinggi diambil. Oleh itu, jika anda ambil vitamin C beribu-ribu milligram sekali pun, kebanyakannya dikumuhkan dan keluar melalui air kencing.
Vitamin C dos tinggi mempunyai risiko seperti cirit-birit, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Dos tinggi juga boleh membawa kesan sebaliknya sebagai pro-oksida, menyebabkan kadar zat besi berlebihan dalam badan, dan mudarat kepada pesakit-pesakit kronik buah pinggang, G6PD, thalassemia dan haemochromatosis. Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan rakan-rakan saya sendiri yang juga doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini.
Tambahan pula, kebelakangan ini ramai pengguna yang sanggup mengambil banyak suplemen berbentuk pil dan suntikan intravena tidak berdaftar (Perlu diingatkan bahawa TIADA suntikan vitamin C yang diluluskan oleh KKM). Hakikatnya, produk tidak berdaftar adalah tidak diketahui asal usul, kandungan, dan keselamatannya. Sudah tentu risikonya tinggi.
TAKKAN MAKAN SUPLEMEN VITAMIN PUN TAK BOLEH? DOKTOR NI ANTI-SUPLEMEN KE?
Kami membentangkan fakta berdasarkan bukti kajian terkini. Ini tidak bermakna kami anti suplemen. Suplemen yang diluluskan diperlukan oleh golongan tertentu dan perlu diberikan mengikut garis panduan.
Doktor yang beretika tidak akan menasihati pesakit supaya membeli suplemen tanpa bukti kukuh mengenai manfaat sebagai rawatan, apatah lagi jika ada risiko. Rujuklah pada yang pakar jika nak ambil mana-mana suplemen.
Saya sendiri sebagai doktor merujuk kepada garis panduan pakar nutrisi. Mengikut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa dan warga emas ialah 70mg sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu mengandung (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).
Ada banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C (boleh rujuk senarai yang saya sertakan). Pinggan Sihat Malaysia yang dianjurkan KKM menyarankan buah-buahan dan sayuran sebagai separuh jumlah setiap hidangan yang diambil. Anda juga akan mendapat nutrien-nutrien lain serta serat.
Pesan saya, Makanlah ikut keperluan, bukan kehendak.
Sumber : Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak pernah merasa keenakan nasi kak wok, meskipun menu ringkas hanya dengan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan menu untuk keluarga. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Hebatnya empat fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ustazah ini.
Moga menjadi manfaat untuk kita mendidik anak-anak.
Mudah tapi sarat dengan ilmu
1. Fasa kasih sayang.
Umur anak 0 hingga 6 tahun merupakan fasa yang penuh dengan kasih sayang, bunga-bunga cinta, semuanya nampak manis, menggunakan panggilan yang membentuk peribadi.
Ibu ayah juga boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih beradab dengan menggunakan bahasa yang sopan, banyak mengungkapkan kata yang baik dan menyejukkan hati serta mengajarkan mereka sifat ihsan.
Dilarang menengking, merotan atau memarahi anak diusia ini kerana ia seperti ukiran pada batu. Lekuknya sukar hilang, jiwa luka dibawa sehingga dewasa yang akhirnya menjadikan mereka seorang yang kasar dan penuh emosi negatif.
2. Fasa disiplin dan tanggungjawab
Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun. Peringkat umur begini anak-anak sudah bersedia menerima peraturan dalam hidup mereka. Jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang akan senang dibentuk dan lebih mendengar arahan.
Rasulullah SAW menyuruh ibu ayah;
Perintahkan anak dirikan solat,
asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.
Ibu ayah boleh melakukan penegasan jika anak-anak tidak memenuhi tuntutan dengan memukul sebagai pengajaran. Perlu diingat, pukulan itu tidak bermaksud menyakitkan tapi sebagai proses mendidik dan mengingatkan.
Cantik sangat Rasulullah SAW menyusun proses pendidikan dalam kehidupan manusia. Jelas, perkara yang paling ditekankan ialah adab, agar adab ini berkembang melitupi setiap tindakan. Tinggi perasaan hormatnya pada orang lain.
3. Fasa berkawan
Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun. Ramai ibu ayah yang mengakui bahawa fasa ini merupakan paling mencabar kerana anak-anak kuat memberontak dan cuba mempertahankan kemahuannya.
Anak-anak yang mampu meluahkan segala masalah dan bebanan jiwa mereka pada ibu ayah akan dapat mengawal emosi dengan baik.
Anggap anak-anak seperti kawan. Berkongsi kesukaan, kesedihan, kepenatan menuntut ilmu, ketakutan ketika menghadapi ujian dan sama-sama mendorong saat patah hati.
4. Fasa kepercayaan dan kebebasan
Ketika berumur 21 tahun anak sudah mampu membuat keputusan sendiri. Ibu ayah serahkan sepenuhnya kepada Allah, tidak perlu risau atau rasa was-was terhadap setiap tindak tanduk mereka.
Demi Allah dengan didikan yang betul dari awal akan membuatkan anak-anak membesar sebagai individu yang seimbang dan bijaksana.
Biarlah mereka lebarkan sayap dan terbang tinggi dengan hidayah dan petunjuk Allah .
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di