Cara mendidik anak yang betul itu penting. Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang mengenai hal memarahi anak.
Tarik telinga
Satu hari, saya tengah nak cepat nak keluar. Masa tu, saya suruh Aufa ambil baju sendiri dan pakai. Tapi, dia berkeras tak nak. Nak juga suruh saya ambil baju dia dan tolong dia pakai.
Dalam kalut kalut tu, saya tinggikan suara pada dia dan automatik Aufa terus merajuk. Masa tu, saya baru lepas iron baju. Oleh kerana saya tidak respon apa yang dia nak, Aufa pun mula express perasaan dia. Dia ambil iron dan balik atas lantai.
Saya yang lihat kejadian tu terkejut dan automatik terus tarik telinga Aufa. Sumpah saya tak pernah tarik telinga Aufa selama ni, dia macam automatik je tangan ni tertarik. Masa tu saya rasa puas dapat tarik telinga Aufa.
Tapi, Aufa tak menangis pun. Dia tahan je. Tapi saya nampak perubahan muka dia tu.
Dari ‘ganas’ kepada down terus. Aufa diam je tak kata apa apa.
Masa tu saya diserang bersalah tiba tiba. Kenapa tangan ni lebih laju. Sebelum sempat fikir apa apa tangan dah tarik telinga Aufa. Sebab memang geram. Tak pernah dia buat begitu, first time tindakan dia di luar jangkaan saya. Sebelum ni kalau dia mengamuk pun dia just merengek saja. Apatah lagi sejak besar ni, jarang jarang je mengamuk macam tu.
Saya tahu masa tu dia hanya nak express perasaan marah dia, tapi cara dia itu yang salah. Tambahan pula, cara saya react dengan menarik telinga Aufa juga salah.
Dalam perjalanan kami keluar, saya pun berbual bual dengan Aufa.
“Kakak, ibu minta maaf tadi ibu tarik telinga kakak. Sakit ke?”
Saya bertanya sambil menggosok telinga Aufa.
“Tak sakit pun ibu, kakak ok jela”
“Ok kakak, tq. Tadi sebenarnya ibu bukan marah kakak. Tadi ibu marah dengan perbuatn kakak merosakkan barang. Kalau kakak marah tak ada masalah, kakak boleh cakap. Tapi bukan dengan merosakkan barang macam tu ya”
“Ok ibu”
Aufa tersengih sambil melentokkan kepalanya ke bahu saya.
Kadang kadang begitulah, bila kita letakkan emosi kita dahulu sebelum berfikir pastinya ia akan berakhir dengan penyesalan.
Kalau kita amalkan konsep ‘pause’ sebelum bertindak tentu saja kita dapat memilih respon yang lebih baik.
Sampai hari ni, kalai teringat saya tarik telinga Aufa saya akan tanya
“Kakak, akak ingat tak yang ibu TERSALAH tarik telinga kakak tu? Kakak maafkan ibu tak?”
Biasanya Aufa akan respon
“Maafkan dah ibu. Hehe. Aufa pun minta maaf sebab buat macam tu. Aufa marah masa tu, sebab tu buat gitu”
Indahnya saling meminta maaf, menurunkan ego. Keluarga akan lebih indah.