Tarik Minat Anak Mengaji, 13 Langkah Pasti Buat Anak Mula Tertarik Nak Baca!

Share

Sedih melihat sebilangan besar anak-anak remaja kita tidak tahu membaca Al Quran. Mungkin pandai membaca tetapi tidak lancar dan langsung tidak mampu mempraktikkan setiap hari. Apa lagi membaca setiap hari.

Usahkan anak remaja, kita sendiri adakalanya termiss juga hari tanpa membaca Al Quran.

Tidak perlu menunggu waktu atau umur yang sesuai untuk memberi pendidikan islamik kepada anak anda. Ketika di dalam kandungan lagi, ibu boleh memilih untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran atau zikir secara berterusan kepada bayi di dalam kandungan.

Namun untuk bayi, anda bolehlah memperkenalkan secara perlahan dan berperingkat kepada mereka. Tip di bawah pastinya membantu anda.

1. Biasakan bayi anda di bawah usia satu tahun dengan bacaan ayat Quran atau perdengarkan kepadanya bacaan ayat-ayat suci ini saban hari untuknya.

2. Ajar anak mengenal huruf hijaiyyah melalui penggunaan kad imbasan. Biasakan huruf-huruf ini dalam setiap permainannya.

3. Perkenalkan Alif Ba Ta kepadanya secara berperingkat dan gunakan aplikasi paling menyeronokkan untuk menarik minat mereka membacanya.

4. Jika nyanyian dan alunan lagu berunsurkan ayat-ayat ini lebih mudah membuatkan mereka tertarik, gunakan pendekatan ini sebaiknya.

5. Jangan sekali-kali paksa anak. Pupuk minat mereka secara perlahan-lahan dan elakkan memaksa mereka.

6. Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Buat 5 hari seminggu sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam.

7. Bacakan surah pada anak sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.

8. Dalam kereta, pasang CD mengaji setiap hari. Dengan hanya mendengar, lama kelamaan anak-anak boleh ‘tangkap’ dan ikut dengan sendirinya di mulutnya. Kita pun boleh tumpang hafal sekali.

9. Ketika membaca, sediakan gula-gula khas daripada madu, badam atau kismis supaya dapat menarik minat anak.

10. Setiap kali anak dapat menghafal satu surah, berikan sesuatu tanda ganjaran istimewa buatnya. Bukan mengajar tetapi ia salah satu cara mendidik.

11. Radio mengaji yang banyak dijual di pasaran sebenarnya sangat membantu. Perdengarkan padanya setiap hari sejak bayi lagi. Penting!

12. Sentiasa sebut kalimah Allah walau dimana berada. Ada waktunya anda sendiri yang harus sentiasa membaca supaya anak mendengar.

13. Beli dan gantikan buku/Al Quran yang baru untuk tarik minat anak.

Selamat mencuba!