20191208_142210_0000

72 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU0 akhirnya anak penyanyi dan pelakon Abby Abadi meninggal dunia malam tadi.

Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan berita duka itu dimaklumkan sendiri Abby menerusi akaun Instagramnya sekitar jam 2 pagi tadi.
“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang.” 72 Hari Berjuang Untuk Hidup, Anak Abby Abadi Dijemput Ilahi

Abby, 42, dan suami Muhammad Faizal Zakaria, 45, bagaimanapun tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari hari lalu.

IKLAN

Dalam perkongsiannya, Abby memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat dengan bantuan saudaranya.
“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang.” 72 Hari Berjuang Untuk Hidup, Anak Abby Abadi Dijemput Ilahi

Untuk makluman, Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram. Si kecil ini dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang.” 72 Hari Berjuang Untuk Hidup, Anak Abby Abadi Dijemput Ilahi

Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih.
Abby turut memuat naik satu video berkongsi momen bersama anak syurganya itu.

IKLAN

Baby D
Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang
.
Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami..

“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang.” 72 Hari Berjuang Untuk Hidup, Anak Abby Abadi Dijemput Ilahi

Maafkan Mama Abah sayang

IKLAN

Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat
“Tarik Mama Abah Masuk Syurga Nanti Ye Sayang.” 72 Hari Berjuang Untuk Hidup, Anak Abby Abadi Dijemput Ilahi

Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI