“Target Simpan Emas Sampai Boleh Beli Rumah Sendiri..”- Ni Pesan Dari Ayah Buat Anak Termotivasi!

Share

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini begitu dekat dihati kita semua sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amalan yang baik.

Berkongsi dalam hal membuat simpanan umpamanya, perkongsian dari seorang bapa di fb Syukor Hashim ini boleh dijadikan panduan. Apa yang menarik, kelima-lima anaknya menyimpan emas sebagai aset untuk digunakan di masa hadapan.

Difahamkan juga, bapa ini  awalnya telah memberi setiap seorang anaknya satu gold card holder dan dari situlah bermulanya si anak mempunyai simpanan emas masing-masing di dalamnya.

Anak Kedua Lebih Hebat

Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka.  Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.

Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.

Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shopping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.

Gais, cuba bayangkan.

Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.

Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.

Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.

Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.

“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”

Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.

Logiknya seperti berikut:

Rumah = mahal.

Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.

Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.

Semua harta mak abah, itu kami punya.

Korang kena cari harta sendiri.

Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.

Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.

Sumber : Syukor Hashim

ARTIKEL MENARIK

: Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!