Melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini begitu dekat dihati kita semua sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amalan yang baik.
Berkongsi dalam hal membuat simpanan umpamanya, perkongsian dari seorang bapa di fb Syukor Hashim ini boleh dijadikan panduan. Apa yang menarik, kelima-lima anaknya menyimpan emas sebagai aset untuk digunakan di masa hadapan.
Difahamkan juga, bapa ini awalnya telah memberi setiap seorang anaknya satu gold card holder dan dari situlah bermulanya si anak mempunyai simpanan emas masing-masing di dalamnya.
Anak Kedua Lebih Hebat
Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka. Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.
Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.
Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shopping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.
Gais, cuba bayangkan.
Ads
Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.
Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.
Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.
Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”
Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.
Logiknya seperti berikut:
Ads
Rumah = mahal.
Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.
Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.
Semua harta mak abah, itu kami punya.
Korang kena cari harta sendiri.
Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.
Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.
Merancang kewangan keluarga sebenarnya memerlukan ketelitian dan pengetahuan dalam mengurus wang agar sumber yang ada tidak dibazirkan. Kita tidak mahu berlakunya saban bulan, duit gaji ‘lesap’ begitu sahaja tanpa ada simpanan.
Jika sebelum ini anda rancang kewangan secara sendiri-sendiri, apa kata kali ini cuba pula libatkan isteri dan lantik sebagai ‘Gabenor Bank Keluarga’ sebagaimana yang disarankan oleh Dr Azizul Azli Ahmad, Perunding Kewangan ini.
LANTIK ISTERI JADI GABENOR BANK KELUARGA
Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja.
Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga.
Tugas gabenor baru;
+ Tahu gaji suami berapa
+ Sediakan perancangan kewangan keluarga
+ Catat segala belanja
+ Usaha kurangkan belanja tidak perlu.
+ Sediakan panduan perbelanjaan keluarga
+Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga
+ Sediakan hukuman jika langgar panduan perbelanjaan keluarga.
+Rancang, bila nak ada rumah pertama
Langkah pertama tunjuk slip gaji pada isteri dan biarkan mereka merancang kewangan keluarga.
Kita ternyata gagal. Buku Penyata Perancangan Wang Keluarga (BPPKK) oleh Bank Negara hanya seringgit cuma jika beli di BNM. Isi bersama sambil tonton Maharaja Lawak Mega atau Berita TV3.
Sudah masanya kita tukar jurulatih yang lain jika pasukan kita tak pernah menang liga, asik jaring gol sendiri aja.
Isteri mesti teruja jika kita lantik mereka jaga belanja keluarga bersama. Tetapi pastikan isteri kita bukan ‘kaki Lazida dan Shopie sepanjang masa. Gelap masa depan keluarga kita’
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tiada apa yang lebih menggembirakan saat ini bila insan yang kita sayangi dikhabarkan telah bebas daripada bahaya Covid-19. Ini seperti mana perkongsian seorang wanita, Suzy Sharif yang berkongsi kisah neneknya yang dipanggil Uwan.
Sebelum disahkan positif Covid-19, Uwan seorang nenek yang cukup kuat dan nampak aktif walau telah berusia 95 tahun. Masih direzekikan tubuh badan yang sihat dan mampu berdiri tegap, rukuk dan sujuk bagi mendirikan solat dengan sempurna.
Pun begitu, baru-baru ini ibu kepada 10 orang anak ini diuji dengan Covid-19 sehingga perlu dibawa ke hospital. Memikirkan keadaan itu, seisi keluarga dalam kerisauan, maklumlah Uwan telah berusia. Bimbang sekiranya akan menyebabkan Uwan terlantar sakit namun sebaliknya yang terjadi.
Usia 95 Tahun, Uwan Positif Covid-19
Semalam saya teringat sangat dekat uwan. Saya hubungi Pak Net yang duduk serumah dengan uwan. Katanya uwan sudah tidur. Badannya lenguh akibat suntikan vaksin.
Awal pagi tadi cepat-cepat saya call uwan. Biasanya uwan selepas Subuh dia tak tidur balik.
“Uwan sihat ke tu?”
“Sakit badan tak kena cucuk?”
“Uwan sihat haa.”
“Tak do domam tak sakit-sakit badan pun.”
Uwan saya sudah berumur 95 tahun. Tempohari kesihatannya diuji. Beliau positif covid.
Beliau sempat dihantar ke Hospital Klang untuk pemantauan.
Bimbangnya kami sekeluarga akan keadaan uwan lantaran usianya sudah renta.
Antibodinya pasti kurang. Bagaimanalah tubuhnya mampu untuk menangkis virus yang membunuh ini?
Sesungguhnya Allahu musta’an.
Sepanjang uwan di hospital, beliau dibekalkan dengan sebuah handphone supaya kami boleh berhubung.
Tapi kau kena sabarlah nak call uwan. Sehari semalam call tidak berjawab.
Kadang-kadang dua hari. Maklumlah insan seusia wan, handphone bukanlah keperluan.
Orang Paling Sihat Antara Pesakit
Syukurlah ada seorang anak muda yang sudi membantu uwan. Beliaulah yang sering mengingatkan uwan untuk menjawab panggilan kami. Jiran sewad katil sebelah.
“Kak jangan bimbang, opah (orang Perok gamoknya En Wan ni) ni yang paling sihat antara kami.”
“Dia tak duduk diam, nanti dia round satu wad cari kawan berbual.”
Mendengar itu sahaja sudah membuatkan hati saya berbunga-bunga. Subhan-Allah.Maha suci Allah Taala.
Syukur Atas Rezeki & RahmatNya
Akhirnya berita gembira memihak kepada kami. Uwan bebas daripada covid sepenuhnya selepas beberapa hari di hospital. Syukur kami ke hadrat Allah Taala bukan kepalang.
Inilah rezeki dan rahmat yang Allah kurnia kepada uwan. Beranak 10 badan maintain kecil comel. Matanya masih elok. Suaranya masih jelas tutur katanya satu persatu.
Solatnya masih sempurna dengan berdiri tegap, rukuk dan sujud. Sakit-sakit lutut setakat ini belum ada lagi dalam sejarah kesihatan uwan.
Jaga Pantang
Bahkan jika dibandingkan uwan dengan anak-anak perempuannya. Uwan lebih kelihatan sihat dan tegap walaupun rambut hitamnya sudah banyak ditutupi uban yang memutih.
“Uwan pakai ilmu apa ni?” Tanya saya mengusik.
“Haishh tak do pakai ilmu-ilmu doh.”
“Jaga badan tu dalam pantang.”
Haaa kalau uwan dah bukak cerita ilmu jurus pantang ni. Nanti saya perlahan-lahan angkat kaki lahhh.Hahaha.Lama tunggu nanti kot terkena batang hidung sendiri. Menyesal badan.
Terbayang stress bertungku siang malam dan berbengkung lilit yang sampai nak bernapas pun tak boleh. Minum air ibu kunyit lah, air akar kayulah. Tapi sungguhlah, jaga badan semasa muda untuk kesejahteraan ketika tua.
Banyak kenangan saya dengan uwan. Jika dunia adakalanya sering mempersoalkan tindakan dan sikap saya. Uwanlah insan yang paling memahami gejolak hati cucu sulungnya ini.
“Uwan jer tau apa yang ada dalam hati kau tu Jee.”
Uwan oh uwan.
Terus sihat ya wan supaya kita boleh berjumpa nanti. Doakan uwan saya ya kawan-kawan supaya semua urusannya di dunia dan akhirat kelak Allah permudahkan belaka. Rabbuna yusahhil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelakon Ummi Nazeera yang sedang hangat diperkatakan sejak menampilkan lakonan hebat dan berkarisma dalam drama Rindu Kasih telah mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu.
Perkongsian ini telah dibuat menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini yang menampilkan Ummi Nazira dan Izzue Islam sebagai tetamu.
Menurut Ummi, dia pernah mengalami masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Ujar Ummi, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.
Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.
Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.