Merancang unuk menambung bila dilakukan dengan lebih strategik, itu lebih menyeronokkan kerana kita sudah dapat menjangkakan berapa nilai di penghujung tahun yang akan kita perolehi. Jumlah wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, ianya seakan bonus untuk diri sendiri. Malah untuk lebih memberi makna pada sesii keluarga, boleh juga dijadikan sebagaiw ang tabungan untuk bercuti pada hujung tahun ini.
Menyentuh tentang teknik atau trik menabung memang banyak, dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh Nik Nur Alif ini. menurutnya dengan teknik yang disarankan ini, pada tahun ini seseorang itu akan memperolehi RM 3,306. Wow, bukan jumlah yang kecil, memang berbaloilah!
Nyata, menarik bunyinya bukan? Bila kita tahu berapa hasil tabungan yang akan diperolehi pada penghujung tahun, membuatkan kelita lebih berdisiplin.
Pun begitu mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana perkiraan tabungan yang dipraktikkan olehnya. Jom semak trik yang digunakan ini.
Nak simpan duit setahun RM3,306?
.
Jika tahun 2019 kita terkandas untuk simpan duit, takpa tahun 2020 ni kita pulun sehabis baik sampai jadi.
Bawah ni saya ada tips yang kita boleh ikut untuk simpan duit setahun RM3,306.
RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
ringgit-malaysia-woman-show.
RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov).Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis).Total setahun RM600
Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran
Plan tukar kepada aset emas pun boleh, kalau ikut harga hari ni RM214, dah boleh dapat 15 gram. InsyaAllah duit tu akan bertahan lebih lama.
sumber : Nik Nur Alif Faisal
-Suka simpan duit dan emas