Tapai Pulut Manis Leting. Nak Buatnya Begini Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Share

Tapai pulut bila dihidang sejuk-sejuk ketika majlis keraian menjadi antara menu istimewa yang tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh tetamu. Ini memandangkan manisan tradisional ini menjadi kegemaran ramai dan tidak semua pandai membuatnya. Kalau salah cara dan ramuannya, memang tak menjadi. Apatah lagi jika membuat tapai merupakan percubaan pertama bagi seseorang.

Buat keluarga yang menggemari rasa tapai pulut bolehlah mencuba untuk buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Abby Razy ini. Resipi dan tips yang diberikan cukup lengkap dan barulah tapai yang dibuat menjadi dan rasanya manis leting serta berair.

“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main, orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi. Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.

“Pastikan ragi betul-betul elok. Penyimpanan ragi cara tidak betul akan mnyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya Syawal tiap-tiap tahun.

“Bila balik raya 2,3 hari sebelum 1 Syawal, mesti terserempak dengan arwah tengah buat tapai. Dari situlah cuba-cuba kecek kiro ambik ilmu. Alhamdulillah, tak ingar dah berapa kali  repeat buat tapai. Sebab anak-anak dan suami suka makan, saya pun suka.

“Saya pun belajar dari cik abe cara bungkusan tu. Kalau tak ada seni memang tak kemas.

“Tapai manis leting. Alhamdulillah, manis sangat. Simpan dalam peti dulu, esok makan. Nikmatnya makan sejuk-sejuk. Siapa suka?

Resepi tapai pulut manis

Bahan-bahan:

1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pon. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
bekas dadih/daun getah/daun pisang.

Cara-cara:
1-Basuh beras pulut bersih2 dan rendam min 2jam..
2-Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min..
3-Siramkan pulut yang telah dikukus dgn 3cawan air, sambil kaup balik.. (sy xalihkan pulut kedalam bekas, sy siramkan air trus dr pngukus)
4-Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap..
-tutup api dan alihkan pulut yg telah masak kedalam dulang besar utk disejukkan. (Ratakan pulut td, supaya cpt sejuk)
5-Biarkan pulut betul2 sejuk..
6-Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi keatas pulut, balik2kan pulut td, ayak ragi keatas pulut skli lg.. (agak2 ragi rata pd pulut)
7-Sudukan pulut td kedalam bekas dadih/daun getah.
8-Susunkan kedalam bekas sesuai. (sy letak dlm besen)
9-Balut besen tersebut dgn Kain..
10-Simpan ditempat yg gelap slma 2hari..
11-Selepas 2hari, baru tgk tapai tu ye..

Ekstra info :
Pastikan betul betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk. InsyaAllah, menjadi tapai manis dan berair.

Selamat mencuba

Sumber : Abby Razy via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club