Pastinya bila ruang dapur cantik sempurna membuatkan orang kita semakin bersemangat untuk menyediakan masakan untuk seisi keluarga. Maklumlah, bila hati seronok dengan ruang dapur yang kemas dan cantik, berada lama di dapur pun tidak menjadi masalah.
Umumnya, membayangkan ruang dapur yang cantik dan kemas tentu secara logiknya mestilah sebuah ruang dapur itu luas, lengkap dengan kabinet dapur, adanya perkakasan memasak yang moden, di hias pula dengan seni dekorasi mewah dan semua ini memerlukan kos yang tinggi.
Namun, ruang dapur yang satu ini tidak kurang hebatnya. Walau dijelmakan dengan kos yang ekonomi tanpa adanya binaan kabinet dapur sekali pun, namun ada aura wow yang cukup istimewa.
Bagaimana dan apa rahsianya, ayuh kita ikuti perkongsian daripada pemiliknya, Puan Nur Diyana.
SUSUN ATUR & DEKORASI BAJET DAPUR RUMAH SEWA (TANPA KITCHEN CABINET & TABLE TOP)
Kali ini saya akan kongsikan berkenaan dapur pula.Saya pasti ramai kawan kawan yang buntu bila masuk ke rumah sewa yang dapurnya tidak dilengkapi dengan apa apa keperluan asas, kan?
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah sewa saya yang juga tidak ada kitchen cabinet apatah lagi table top yang bertemakan dekorasi bajet ala ala farmhouse pula.
Inilah hasil dapur kami setelah kami berkahwin tiga bulan yang lepas. Saya cuba manfaatkan ruang dengan sebaiknya. Hasilnya,saya boleh katakan dapur ini hampir lengkap, saya ada :
• tempat memasak yang luas
• preparation area bersebelahan sinki
• rak susunan makanan kering
• rak khas untuk kitchen appliance
• rak khas untuk alatan mandian & cucian
• ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian
• ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka
• ruang khas untuk kuali & periuk
Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood ‘’farmhouse’’ di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.
Keadaan sebelum kawasan dinding dapur yang dijadikan ruangan memasak sekarang.
Tutupkan dengan skirting jadi semuanya akan nampak kemas dan teratur. Kain skirting pula hanya membaluti ruangan depan dan tepi rak, tidak di bahagian belakang bagi memudahkan kerja pembersihan. Kain ini dibeli pada harga yang sangat murah tidak sampai RM 50.00 pun kerana ianya kain ‘’reject’’ dari kilang tapi saya beli dan lihatlah hasilnya setelah siap dijahit. Upah jahit kain skirting begini pula dikira menggunakan kiraan kaki jadi harganya tidak sampai RM 100.00. Sungguh berbaloi pada saya.
Untuk hidupkan lagi konsep ala ala ‘’farmhouse’’ kononnya,saya tampal kepingan vinyl dari Eco Shop sahaja di atas table top supaya ada finishing rustic looks seakan kayu.Gam extra diperlukan agar kepingan vinyl tak lekang kerana air dan haba. Setakat yang saya guna, ianya tidak licin dan mesti dibersihkan terus selepas memasak.Option ini terpulang pada pilihan masing-masing, kalau nak plain besi sahaja tak ada masalah.
Rug tebal di lantai pula tidak digunapakai secara harian – hanya sesekali apabila tetamu datang berkunjung. Saya beli di lambakan bundle Pasar Rabu Ayer Hitam Johor, harganya cuma RM 40.00 dan sangat sesuai dengan tema dapur saya. Kainnya yang tebal, tidak licin dan saiznya juga besar. Info tambahan: Gunakan anti slippery pad tambahan sekiranya perlu pada bahagian bawah supaya rug setiasa kemas dan terletak elok, sentiasa pilih material yang tepat bagi mengelakkan risiko kemalangan & kecederaan di dapur.
Bersebelahan dapur memasak disediakan troli beroda tiga tingkat dengan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Aras 1 diletakkan bekas bagi ‘’food garnishing’’—senang lepas masak boleh terus tabur, aras 2 bahagian plastik sampah dan aras 3 dimuatkan roll tisu dapur. Barangan ini pasti saja memudahkan kerja pembersihan semasa atau selepas memasak.
Penggunaan wallpaper jenis PVC berwarna putih di dapur adalah disengajakan kerana saya mahu backsplash ala rumah mat salleh. ‘’Tak susah ke nak bersihkan?’’—Sejujurnya tak ada masalah pun. Material PVC menjadikan semua kesan memasak senang dibersihkan, selepas siap kemaskan sahaja menggunakan kitchen wipes. Saya juga alert dengan post yang dimuatnaik oleh Public Health Malaysia yang menyatakan penggunaan wallpaper di dapur adalah tidak disarankan lebih-lebih lagi apabila peralatan elektrik dibalut.
Saya secara individu bersetuju dengan fakta ini kerana ianya melibatkan keselamatan seisi rumah. Suka saya suggestkan pada Tuan/Puan, pemilihan wallpaper yang lebih sesuai digunakan di bahagian backsplash biarlah sekurang-kurangnya dari material jenis PVC kerana ianya bersifat waterproof, oilproof dan heat resistance. Sekiranya mempunyai budget lebih dan masih mahu menggunakan wallpaper kerana tertarik dengan coraknya yang pelbagai, ada pilihan tempered glass di pasaran yang boleh dipasang pada backsplash namun kerja pemasangannya agak rumit dan memerlukan alatan khas seperti silicone glass sealent. Apa pun akhirnya,terpulanglah pada bajet dan pemikiran rasional anda.
Ketiadaan gas hood pula tidak menjadikan dapur saya berbau hapak kerana pengudaraanya baik. Tambahan pokok indoor jenis ‘Spider Plants’ (chlorophytum) di kawasan memasak pula sangat baik bagi ‘’air circulation’’ sesuatu ruang. Oleh itu, ianya sengaja disangkut sebagai ‘’air cleanser’’ semulajadi di dapur. Pasu tembikar berukir ringkas siap dengan tali yang menampung tumbuhan semulajadi ini saya beli di Bundle Serbaneka, harganya hanya RM 10.00. Berbaloi kan?
Barangan wajib ketika masak yang disusun dalam radar mudah capai bersebelahan dapur gas -garam, gula, serbuk kunyit dan minyak masak. Bekas kedap udara ini saya beli di Daiso.Harganya Cuma RM 5.90 satu. Botol minyak pula dari Eco Shop sahaja.
Di atas preparation area saya gantungkan pula para Ikea Burhult dengan pendakap berharga RM 14.90 sekadar untuk menampung stock tuala dapur,tuala tangan dan hiasan ringkas.