Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Ameena Sofia itu turut berkongsi beberapa keping gambar momen bahagia ketika majlis berlangsung semalam.
Jelas terpancar wajah kebahagiaan Shakilla yang selama ini melalui momen duka dalam membesarkan anaknya sendirian.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya di Instagram.
Kembali bergelar isteri. Namun kata Shakilla lagi, dia akan sedaya upaya menjaga amanah dan tanggungjawab ini selain membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni. Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bonding time istimewa bersama anak-anak di Legoland, JB! Banyak hadiah best menanti tau.
Klik sini untuk DAFTAR 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club