Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Ameena Sofia itu turut berkongsi beberapa keping gambar momen bahagia ketika majlis berlangsung semalam.
Jelas terpancar wajah kebahagiaan Shakilla yang selama ini melalui momen duka dalam membesarkan anaknya sendirian.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
Ads
“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya di Instagram.
Kembali bergelar isteri. Namun kata Shakilla lagi, dia akan sedaya upaya menjaga amanah dan tanggungjawab ini selain membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
Ads
“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni. Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Ramai yang meluahkan rasa lega dan syukur sejak pelakon Nad Zainal dilaporkan stabil apabila oksigennya menunjukkan peningkatan yang baik.
Terkini muat naik menerusi Instagram milik fashasandha berkongsia majlis solat hajat untuk kesejahteraan buat pelakon ang menjayakan drama bersiri, Cina Buta terbitan Radius One itu.
Majlis yang telah diadakan di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Fasha menerusi kapsyennya menulis bahawa tidak menyangka dengan kehadiran yang ramai di majlis berkenaan.
“Ramai yang menyayangi dan menantimu. Cepat sembuh! Kesayanganku, jangan lupa selitkan doa buat sahabat kami Farah Nadia Zainal agar cepat sembuh. Please.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa buat Nad Zainal supaya kembali sihat seperti sedia kala. Juga memuji sikap syarikat penerbitan yang menjaga kebajikan para pelakonnya.
Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.
Jika sebelum ini solat terawih kita akan lakukan di masjid. Hanya mengikut imam setiap hari. Kini berbeza semasa dalam tempoh PKP.
Ingin tahu penjelasan lanjut mengenai ibadah terawah di rumah. Ustaz Nur Mohamad Hadi jelaskan mengenai hal ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan rahmat kepada sekalian alam. Bagi mereka yang ingin kembali kepada Allah maka pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka.
Ramai dikalangan kita yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang untuk melakukan dan merancakkan lagi pelbagai ibadah. Antara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita apabila tibanya Ramadhan ialah menunaikan Solat Terawih secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Solat Terawih ialah ibadah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam di Bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu subuh. Dinamakan Terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat.
Bagi mereka yang mendirikan Solat Terawih maka ganjaran yang cukup besar disediakan Allah seperti mana di dalam sebuah hadis sabda Rasulullah :
Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR Muslim 759]
Menjadi persoalan yang amat penting ialah bagaimana cara untuk melakukannya dan apakah hukum meninggalkan bacaan zikir selepas dua rakaat atau empat rakaat solat terawih jika kita tidak mengetahuinya.
Maka disini DR HD akan menjelaskan secara mudah mengenai Solat Terawih yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dirumah.
PERTAMA : Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan Solat Terawih. Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.
KEDUA : Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.
KETIGA : Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.
KEEMPAT : Solat terawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah : Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat.[HR Bukhari 936]
KELIMA : Niat bagi solat Sunat Terawih dihati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.
KEENAM : Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.
KETUJUH : Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat Solat Terawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukan lah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ianya tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.
KELAPAN : Selepas selesai mengerjakan Solat Sunah Terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan Solat Sunat Witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat Solat Witir dihati ialah : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.
Dengan penjelasan di atas seharusnya tidak ada lagi alasan yang boleh kita berikan untuk tidak mengerjakan Solat Sunat Terawih di rumah. Beruntunglah bagi mereka yang mencari redha Allah di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan Ramadhan merupakan bulan kita melipat gandakan amalan kebajikan kita serta melatih diri untuk sentiasa mentaati perintah Allah.
Jika diluar Ramadhan kita selalu menyalahkan syaitan dek kerana sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan tetapi di Bulan Ramadhan ini Allah merantai syaitan-syaitan seperti mana sabda Rasulullah : Apabila datang Bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan diikat syaitan-syaitan. [HR Muslim 1793]
Jadi jika di Bulan Ramadhan rutin maksiat kita masih berjalan seperti biasa dan masih lagi jauh dari Allah maka persoalan yang patut dikemuka dan difikirkan ialah : Siapa syaitan yang sebenarnya?.
Sumber: Nur Mohammad Hadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.