Memiliki anak ramai memang seronok, meriah pula tu dengan karenah dan telatah si kecil. Tetapi tak kurang juga buat ibu bapa pening kepala nak melayan.
Itulah situasi yang dialami oleh Datin Zizie Ezette yang meluahkan perasaan di laman instagramnya berkenaan telatah anak-anaknya.
Celik mata, mommy..nak tido pun cari mommy. Semuanya mommy. . Kalau boleh nak klon diri ni ada 5 org utk setiap org anak utk bagi adil kpd yg lain2. .
. Secara logic & rasionalnya, mmg susah nak adil dan sama rata. Tapi kita sebagai ibu kena cuba jugak buat yg terbaik utk semua anak2. . . Definitely not an easy task dan suatu tugas yg mencabar bagi seorang ibu. 😅☺️ #letsbereal
Bagi sesetengah selebriti lain pasti mengambil berat tentang aspek jenama mewah dalam kehidupan seharian terutama perihal penampilan baik diri sendiri mahupun keluarga.
Namun bagi Datin Zizie Izzette yang lebih mementingkan kesederhanaan dari segi pemakaian.
Ads
Bahkan isteri kesayangan Datuk Bung Mokhtar ini tidak kisah sekiranya pakaian tersebut murah janji kena dengan citarasanya.
Apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak seberapa mereka sekeluarga perlu berjimat-cermat untuk perkara yang lebih penting seperti barang persekolahan anak-anaknya.
Ads
As u can always see, I love being matchy2 with my kids. I take pride in dressing them well and make them look good. . Biarpun baju x mahal, xde brand sekalipun. Janji nampak rapi & kemas. . Honestly, kalau saya nampak baju harga rm10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.
Lagipun sayang, anak2 cepat membesar plus dgn ekonomi yg kurang baik, lebih baik berjimat utk persekolahan anak2 akan datang. . . Tanggungjawab dah besar & anak2 dah ramai. . Kena ukur baju di badan sendiri. Jangan pula “biar papa, asal bergaya”. Betul ke betul? 😅😂☺️
Perasan tak setiap kali kita bergambar tentu ada sahaja pelbagai gaya pose yang kita buat namun dalam banyak-banyak gaya tersebut pasti ada satu gaya yang menjadi kesukaan. Bahkan boleh dikatakan setiap gambar yang diambil walau di mana jua pasti ada gaya kita yang satu itu.
Ini sama kisahnya apabila baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon veteran Kamarool Yusoff iaitu Nur Najihah Kamarozaman baru sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM).
Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi pelakon veteran yang berusia 64 tahun itu ketika mengambil gambar bersama anaknya apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem ‘Rock Oo!’.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.
Melihat gambar tersebut, pengguna laman sosial tercuit hati dan merasakan pelakon yang pernah popular menerusi filem ‘Gila-Gila Remaja’ itu memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga pun bergaya bergitu.
“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.”
“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” antara komen-komen pengguna laman sosial.
Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).
“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.
Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!
“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.”
“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen yang lainnya.
Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lelaki Ini Nasihat Tak Perlu Orang Lain Tahu ‘Income’ Kita, Hidup Sederhana & Elak Yang Suka Meminjam!
Privacy adalah penting dalam kehidupan kita. Tidak semua perkara dalam kehidupan perlu diketahui oleh orang lain termasuk saudara mara. Begitu juga mengenai pendapatan kita.
Lazimnya apabila melibatkan kewangan pastinya ia merangkumi ‘income’ bulanan, komitmen bulanan dan suami bagi nafkah cash kepada isteri.
Bersikap sederhana dalam hidup tanpa tunjuk gaya hidup yang mewah sedangkan mampu berbuat demikian. Sebagaimana perkongsian seorang lelaki (dirahsiakan identiti) menerusi facebook milik perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Coretan itu jelas menunjukkan betapa penting untuk kita merahsiakan pendapatan dan hidup sederhana bersama keluarga. Malah ia mengelak daripada diganggu orang terdekat untuk meminjam duit. Tidak lupa, apabila kewangan stabil pastinya tanggungjawab tidak pernah culas memberi wang saku bulanan kepada ibu ayah di kampung.
Seterusnta ikuti perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RAHSIKAN PENDAPATAN KITA!
Salam doc, saya hanya nak share kisah hidup saya dan keluarga yang bergelumang dari B40 kepada M40.
Kisahnya begini, dulu sewaktu saya kerja kilang hanya bergaji rm1500 sebulan nak bagi nafkah kepada isteri pun susah doc.
Tapi isteri saya yang berjawatan tinggi dari saya tetap setia dan takpernah merungut pun meskipun beliau lah yang banyak gunakan duit gaji beliau untuk tampung kehidupan kami masa tu 3 beranak (anak sorang).
Apabila isteri mengandung anak kedua, Allah limpahkan rezeki berlipat kali ganda (betul janji Allah yang anak itu pembawa rezeki).
Saya dapat tawaran dari sebuah syarikat GLC yang berjaya mengubah taraf hidup saya dengan bergaji rm8k sebulan (paling tinggi pernah saya dapat selama bekerja).
HIDUP SEDERHANA
Saya hanya ada sebuah axia dan isteri hanya ada viva (sampai sekarang). Saya bagi isteri saya pakai axia sebab saya risau kalau viva dia rosak masa dia bawa dan saya tiada ketika itu.
Walaupun pendapatan isi rumah dah meningkat, kami masih je pakai dua kenderaan ni walaupun dalam hati banyak kali berfikir nak tukar kereta.
Tapi selalu baca post doc pasal “yuran kebijaksanaan” buat saya berfikir sedalam2 nya dan memadamkan angan2 saya untuk memandu sebiji kereta import baru.
Dua orang anak yang kecil bagi saya memadailah axia yang bulanan hanya rm400 sebulan.
Sekarang saya beri isteri saya nafkah sama banyak dengan gaji saya waktu kerja di kilang dulu untuk kegunaan peribadinya.
Saya rasa lebih seronok macam ni. Saya mewahkan anak2 dan isteri dengan apa benda yang mereka mahu, apa yang mereka nak makan, on the spot boleh pergi beli dan pergi.
Pengalaman bergaji kecil dulu buat saya lebih berhati2 dan rasa sayang dengan duit untuk dilaburkan kepada kereta sahaja kerana bagi saya kereta itu hanya medium untuk dari point A ke B.
Saya sangat sayang dengan isteri saya yang saya cintai sejak zaman sekolah. Seorang yang pandai berjimat cermat, tidak pernah mengeluh dan cukup serba serbi.
Dulu anak nak kinderjoy di kedai saya takmampu nak beli doc. Kini kalau anak sedara datang rumah, dengan semua2 yang ada saya belikan kinderjoy tu.
Bagi saya kebahagiaan keluarga lebih penting daripada keseronokan 3 bulan pertama memiliki kereta mewah. Terima kasih doc kerana hari2 berkongsi mengenai pengurusan kewangan.
Doakan saya dan keluarga agar terus dilimpahkan rahmat yang berterusan. Dan pesan saya, biarpun ada ahli keluarga yang menghasut kita untuk membeli kereta yang padan dengan gaji kita, senyum dan berkata insyaallah je kerana bukan mereka yang akan bayarkan installment bulanan tu jika kita jatuh terduduk nanti.
ELAK ORANG NAK PINJAM DUIT
Dan rahsiakan pendapatan kita agar kita tidak diganggu dengan panggilan atau wasap dari orang terdekat yang nak pinjam duit beribu2 yang kita sendiri tahu mereka takkan bayar semula.
Alhamdulillah keempat2 ibu bapa saya dan ibu bapa mertua mendapat wang saku bulanan yang daripada kami sekeluarga. Terima kasih atas masa doc membaca luahan hati saya.