Tangan ‘Melekat’ Kesan Kuning Kunyit Lepas Goreng Ikan? Ini Tip Hilangkan Kesan Ini

Share

Kesan kuning kunyit yang melekat pada tangan ketika menggaul ikan dan ayam memang sukar untuk dihilangkan. Biasanya walau dibilas dengan air dan guna sabun sekali pun kesan kuning ini susah juga hendak hilang.

Jika duduk di rumah saja tak mengapalah, tapi jika selepas memasak hendak keluar atau bekerja dengan tangan kuning segan pula. Supaya kesan kunyit cepat tanggal boleh guna cara yang dikongsi oleh Wawadels ini.

Tangan ‘Melekat’ Kesan Kuning Kunyit Lepas Goreng Ikan?

Ini Tip Hilangkan Kesan Ini

1. Lemon/limau

Ini cara paling berkesan untuk hilangkan kesan kunyit dengan cepat. Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa.

2. Cuka

Boleh juga cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.

3. Minyak zaitun/minyak kelapa

Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.

4. Garam dan minyak

Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.

5. Baking soda

Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.

Boleh guna mana-mana cara yang dikongsikan seperti di atas. Hasilnya kesan kuning kunyit pada tangan pun hilang.

 

Sumber: Wawadels