Guru bukan hanya pendidik, malah mereka juga adalah ibu bapa kedua bagi anak-anak murid kerana lebih banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding rumah. Jasa guru itu tidaklah mampu dibalas jika dibandingkan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Tampil ke sekolah atas ajakan guru untuk memberi semangat kepada pelajar lain, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad telah memberi kejutan khas buat bekas gurunya di mana dia mengumumkan akan membawa gurunya itu ke tanah suci akan datang.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Hafiz memuat naik video dirinya kembali ke sekolah. Difahamkan, Hafiz tidak pernah datang ke sekolahnya itu setelah habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hafiz yang dihubungi gurunya itu bertindak mengosongkan jadual lalu bertemu kembali dengan individu yang pernah mengajar dirinya dahulu.
“Malu saya cikgu, saya nakal dulu. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dulu. Moga hari ini, budak nakal yang datang ni dapat buat cikgu happy.
Ads
“Hari ini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami.
Dalam pada itu, Hafiz, 30, turut memberi hadiah tiket menunaikan Umrah sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda.
Ads
Kata Hafiz lagi, kehadirannya ke sekolah itu hanya untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk menghargai jasa insan yang memberi ilmu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa rindu untuk kembali ke sekolah berjumpa dengan cikgu-cikgu. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik buat Hafiz atas kebaikan dan contoh yang baik yang ditunjukkan kepada orang ramai.
Ads
Sumber: Instagram @hafizmahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat yang mengikuti platform TikTok, tentu sudah cukup familiar dengan satu trend yang berkongsikan foto masa muda ibu bapa mereka. Trend tersebut mengatakan, “My dad/mom said he/she rejected a lot of girls/boys back then.”
Tidak melepaskan peluang untuk mengikut trend, seorang pengguna TikTok harithdaniel_iam yang dipercayai anak kepada pelakon senior, Esma Daniel juga mengikuti trend tersebut.
Buat yang mengikuti perkembangan pelakon ini tentu begitu menyukai dirinya yang tidak hanya kacak malah merupakan salah seorang pelakon hebat. Wajah Esma Daniel sering menghiasi kaca televisyen dan tidak dilupakan sebagai pemegang gelaran Juara Hero Remaja 1990/91.
Melihatkan rakaman video ini pula, turut dikongsikan beberapa keping foto Esma Daniel ketika muda oleh anak lelakinya ini. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak hairan kerana sememangnya pelakon ini memang diakui ramai seorang yang kacak.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui bahawa Esma Daniel sememangnya seorang pelakon yang memiliki rupa paras kacak.
Komunikasi di dalam sesebuah rumah tangga amat penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri. Lagi-lagi jika tinggal berjauhan dengan pasangan. Kekangan bab kerjaya mahupun keluarga menuntut pasangan untuk berjauhan.
Dalam keterpaksaan melangkah kaki meninggalkan pasangan yang dicintai demi mencari rezeki. Dipanggil Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
Seorang di utara, seorang di selatan menyebabkan hubungan adakalanya alami masalah. Tambahan bila dah ada anak, keadaan begini pasti akan lebih sukar. Namun, pasangan yang mengalami keadaan sebegini, perlu positif dengan apa yang dihadapi. Pasti ada hikmahnya.
Berjauhan bukan alasan untuk anda mengabaikan pasangan, sebaliknya masing-masing kena praktik tip untuk mengeratkan hubungan cinta suami isteri. Justeru, jarak tidak akan menjadi masalah dalam rumah tangga.
Hari tu saya ada dapat kes suami tekanan sebab tinggal jarak jauh dengan isteri. Kita biasa panggil PJJ.
PJJ ni istilah pendek untuk Percintaan Jarak Jauh. Haa! Nama pun sweet. Tapi berjarak fizikal. Seorang dekat Perlis sana, seorang dekat KL.
Mulanya baik-baik aja. Tapi lama-lama mesti ada hal yang buatkan mereka kerap bergaduh. Iyalah bila dah berjarak ni, ada sahaja hal yang jadikan mereka salah faham.
Iya, kita faham. Hidup rumahtangga yang macam ni tak mudah. Saya pun ada ramai kawan-kawan yang begini. Mereka ada kongsikan dengan saya beberapa tips.
Ini tips untuk rumahtangga PJJ;
1. Kena selalu berhubung.
Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.
Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.
2. Hantar pesanan bergambar.
Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.
Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.
3. Telefon hari-hari.
Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.
Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.
Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.
Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.
4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.
Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.
Pasangan PJJ je mengerti perasaan bila surat ni sampai. Kan?
5. Bagi hadiah.
Ini biasanya buat kejutan (baca surprise). Sekarang pun dah banyak servis hantar bunga, belon, teddy bear, kek dan macam-macam lagi.
Kalian order, nanti sampai lah ke rumah atau tempat kerja pasangan.
Ada lagi best, tempah Grab Food hantar terus ke rumah pasangan kalian. Ini pun sedap. Hari tu isteri saya buat ke saya masa dia dalam wad. Kahkah.
Dia dalam wad, saya dengan anak-anak dekat rumah. Punyalah dia fikirkan kami ni, tahu-tahu Grab Food sampai hantar makan. Terharu weh!
6. Ini poin penting. Kalau berlaku salah faham, telefon dan bincang terus.
Hal kalau dah sampai level kena bercakap serius dan key tinggi, kalian telefon lah terus. Hubungi dan bercakap guna suara terus.
Elakkan berbincang hal penting guna mesej. Mesej dekat WhatsApp ni tak ada suara. Kadang intonasi kita bagi lain, pasangan kita faham lain.
Sudahlah tengah bercakap hal salah faham, bertambah keruh lagi lepas tu bila dia salah tafsir maksud mesej kita.
Begitulah. Ada banyak lagi. Tapi ini yang saya rasa utama. Soal nak kena jujur, percayakan pasangan itu dah jadi soal nombor 1 lah. Kita tak bercakaplah tentang itu.
Kalau itu pun kalian tak buat, barailah cerita dia.
Baik, rumahtangga PJJ ini ujian dia besar. Maka, tak ada lain kekuatan yang kita harap dalam menghadapi hari-hari kita cuma pada Allah.
Setelah usaha yang kalian buat atas rumahtangga kalian, serahlah kepercayaan dan keyakinan kalian pada Tuhan. Berbaik sangka tanpa ada ragu sedikit pun.
Jaga hubungan kalian dengan Allah. Sembahyang jaga. Ini paling utama. Maksiat jauhkan. Mudah-mudahan Allah pelihara rumahtangga kalian selamanya.
Amin.
Firdaus Mokhtar, Pesanan ini untuk suami isteri PJJ sahaja tahu. Bukan pakwe makwe PJJ. Aku sebat kau karang kalau pakwe makwe PJJ nak amal tips ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak anugerah terindah dari Dia buat pasangan suami isteri. Namun, ada antara suami isteri jodohnya tak panjang, namun ikatan anak dengan ibu bapa tidka terputus.
Demikian juga dengan Rizal Ashram bekas suami kepada pelakon Fasha Sandha. Selepas dikurniakan sepasang anak, pasangan ini bercerai kerana tiada persefahaman. Biarpun ‘ribut’ melanda di awal penceraian, namun demi anak mereka berbaik semula sebagai kawan demi anak-anak.
Terbaru, Fasha Sanda mengadakan sambutan hari jadi anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke-4 tahun. Rizal yang turut hadir di majlis berkenaan ada memuat naik gambar sekitar majlis itu.
Istimewanya, setiap kali menjelang hari jadi anak-anaknya, Rizal pasti akan memuat naik bingkisan istimewa berupa ucapan khas. Luahan dari hati seorang bapa kepada anaknya benar-benar membuatkan sesiapa yang membaca terasa sebak dan terharu.
Tengok gambar di telefon lepas rindu
Antara yang menyentuh hati bila mana Rizal akan melihat gambar anak-anaknya di telefon bila rindu.
“My darling Jemyma, You are the only girl i love in this world(apart from Tah). I fell in love with you the moment i saw you. And i know that i am your first love. I just know. How can it be four years since I held you for the first time? How, just how, is all that happening so fast? Time really flies.
“You turned my dreams of having a daughter into a reality and introduced me to myself in ways I had not known before. I sometimes sit and look back on all those pictures in my phone from the day you were born. You and your brothers showed me the meaning of unconditional love and for that, I will forever be grateful to all of you.
” Sayang, I will do everything to make you feel as secure as possible, and to nourish your self-esteem as best I can to prepare you for the world. Customary nasihat daddy selalu bagi every year on your birthday.
“Selalu ingat kepada Allah, hormati kedua dua ibubapa, atok, tah dan seluruh kaum keluarga. Berjasa kepada agama bangsa dan negara. Semoga membesar menjadi orang yang berguna. Sayang, It will be a while from now when u will be able to read this letter. Read this letter as a reminder that i love you. I may have given you life(with the blessings of Allah), but you gave me 888 tonnes of reasons to live.