Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Cara-caranya:
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.
sumber : D’Pro A’Nas via Berkebun D Rumah