
Nak tanam sendiri ulam Selom? TYak ada masalah, semuanya kini cukup mudah. Dengan adanya perkongsian di media sosial, ibu-ibu dah boleh cuba sendiri di rumah. Tak perlu pun tanah , guna polestrin je. Cukup mudah dengan kaedah yang dikongsikan oleh puan Ummi Ain.
Selamat mencuba!
Selom…. antara ulam yang saya gemar. Ni cara saya tanam semula batang ulam selom. Mungkin cara ni sesuai untuk yang berkebun tepi dapur & tiada kawasan. Daun kesum pun saya buat cara macam ni. Lebih mudah hidup.
1. Potong daun yang hendak dimakan. Kalau beleh tinggalkan daun pucuk yang paling kecil sekali. Tapi kalau xde pun ok juga sebab akan keluar pucuk baru cuma mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk keluar pucuk baru
2. Rendam batang selom tadi dalam air. Saya letak sikit serbuk akar. Kalau tak letak pun tak pe
3. Biasanya lepas seminggu akan mula keluar akar (boleh ketuk sikit bawang merah campur dlm air klu tiada serbuk akar)
4. Bila dah ada akar, barulah cucuk ke tanah. In shaa Allah, lebih mudah hidup. Saya tanam dalam polisterin je. Ada juga polisterin yang tiada lubang & saya lubangkan tinggi sikit dari paras tanah. Yang ada lubang saya akan siram lebih sikit sbb daun selom suka tanah yang lembap.
5. Seminggu sekali saya boh baja. Apa2 baja pun boleh. Ikut apa yg saya ada. Baja saya guna semua yg organik.
Sekarang saya x pernah beli ulam selom sbb dah banyak saya tanam. Alhamdulillah. Cukuplah untuk makan sendiri, jamu kawan2 & juga kalau jiran2 nak.
“Punya Tebal Kerak Periuk, Saya Nak Buang Dah..”-Wanita Ni Bersyukur Bila Ibunya Kongsi Petua & Memang Menjadi!

Orang tua dulu-dulu memang banyak amalkan petua dan pantang larang dalam kehidupan hariannya. Petua-petua ini jugalah yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya untuk diamalkan.
Sama kisahnya yang berlaku pada keluarga Puan Faizah Samat, di mana baru-baru ini dia telah merebus ketupat di dalam periuk dan entah bagaimana boleh pula terlupa. Habis hangus ketupat yang direbus dan sekali gus menyebabkan periuk tersebut berkerak tebal.
Tidak tahu apa yang boleh dibuat untuk ‘selamatkan’ periuk tersebut, lalu dia bertanyakan pada ibunya dan ibunya berkongsi petua untuk hilangkan kerak tersebut dengan mudah.
Ujarnya, “Al kisahnya saya rebus ketupat dalam periuk besar ni.. dok ralit sembang tak sedar ketupat hangus dah.. dekat sekilo jugak ketupat tak dapat diselamatkan. Bahagian atas ok la selamat.
“Nak cakapnya punya tebal kerak yang hangit bahagian bawah. Tak tahu dah nak buat macamana. Saya nak buang dah sebab dah cuba gosok-gosok pon tak hilang.
“Sekali bila tanya mak. Mak cakap jangan buang sayang periuk besar tu. Cuba guna soda katanya.”
Saya pon masukkan air bagi mendidih pastu saya masukkan soda dan cuka. Didihkan sampai 5 min. Saya buang air panas tu terus tonyoh dengan berus periuk yang kasar. alhamdulillah tak sampai 5 min settle…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata teruja dan bersyukur dengan perkongsian tip ini dan tidak kurang juga ada yang turut sama berkongsi petua lain yang mereka praktikkan untuk membersihkan kerak pada kuali atau periuk yang tebal.
Antaranya perkongsian daripada Ana Maria, menurutnya “Guna Asam keping pun boleh.
Rebus Dalam 5keping Dalam Tu. Dah mendidih tutup API biar je Dalam semalam. Esok bersihkan korek guna sudu masak pun boleh. Sebab tak lekat dah.”
Komen Fatin Nabihah pula, “Mak sy ajar buh soda, hg tahaq sehari.. esok bru gosok.. so far berkesan”
Berkongsi pengalaman, Wardah Nasuha berkata, “Sy buat xrendam air panas..just guna cuka n soda bicarbonate..lagi elok klo pakai y jenama arm hammer ke ape tu kotak oren..pastu biarkan semalaman..besok berus pakai berus kasar tu..lagi licin & kilat dr sblom nasi impit hangit dlm tu 🤣boleh guna jugak klo jenis rajin nak sental bontot periuk”
Komen dari WRosni WMesuji pula, “Sy guna sabun champaca/rose…alhmdulillah..”
Sumber :Faizah Samat
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Bakar Kek Marble Guna Noxxa. Gebu, Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Resipinya!

Kek Marble paling mudah nak buat, kali ini admin kongsikan cara buat guna noxxa. Bagi ibu-ibu yang ada noxxa di rumah bolehlah cuba resipi ini.
Buat hidangan minum petang atau menjamu tetamu yang datang ke rumah.Resipi ini dikongsikan oleh Zzie Aleeya Aleesya.
Kek Marble Noxxa
Selamat pagi..pepagi buatmarble kek. Alhamdulillah naik dgn jayanya.
Resepi ni saya adjust sikit. Saya tambah ovellte 1 sudu, dan setgh sudu soda bicarbonat.
Ovellte tu masuk dlm bahan yg nk diblander.
Soda bicarbonat tu ayak sekali dgn tepung.
Loyang 6 inci, masuk loyang terus dlm inner.
Steam 35 minit. Lepas tu saya tambah lagi 15 minit. Siap…..
Untuk resipi lengkap boleh ikut yang ini.
Bahan-bahannya :-
* 3 biji telur gred A
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak
* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu teh baking powder
* 2 sudu besar susu pekat manis
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu besar serbuk koko (cairkan dengan 2 sudu air panas)
Cara-caranya :-
– Blend telur, minyak, gula, esen vanilla dan susu.
– Ayak tepung gandum bersama baking powder.
Tuang bahan yang diblend tadi ke dalam bekas dan sebatikan dengan tepung gandum mengunakan spatula atau sudip kayu sahaja.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko yang telah dicairkan tadi.
Tuangkan adunan berselang seli ke dalaminner pot yang telah disapu dengan butter. Corakkan ikut kesukaan anda dengan menggunakan lidi or chopstik. Tutup penutup periuk noxxa dan steamkan selama 25 minit.
Setelah siap biarkan kek marbe sejuk & boleh la dikeluarkan dari noxxa.
Tadaaa Kek Marble Noxxa…
Credit thanks to Sis Anita Sujak
Selamat Mencuba…
“Waktu PKP Spend Time Dengan Suami & Anak-Anak.” Tya Arifin Guna Facetime Berhubung Dengan Keluarga Di Indonesia

Sejak dua tahun lalu, pasangan merpati sejoli Asyraf Khalid dan Tya Ariffin begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.
“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.
“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.
Duduk rumah bisnes berjalan macam biasa
Menurut Asyraf lagi, sepanjang PKP ni, dia dan keluarga memang duduk rumah je. Tetapi aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.
“Setiap hari ada meeting dengan team menerusi Zoom. Setiap hari isnin, selasa & rabu ada coaching session bersama Stokist & Dropship. Tya pun setiap hari live di instagram jam 5.30 untuk interview customer yang pernah try Mutyara. So masih keep ourself busy with work. Alhamdulillah, untuk Mutyara, tak terkesan sangat, syukur.
“Sebab kita memang business online jadi kita boleh jalankan business macam biasa. Malah, jualan produk kita pun makin meningkat mungkin sebab ramai orang duduk rumah & fokus online. Kita kuatkan lagi marketing kita online. Kita juga bagi peluang pada ramai orang buat business dari rumah dengan menjadi Dropship kita, so mereka boleh promosi Mutyara, and submit order, HQ yang uruskan semua. Mereka tak perlu keluar rumah.
“Dalam masa mcm, bila ekonomi tak bagus, ramai yang cari peluang nak berniaga, so bila kita buat Dropship tanpa modal ni, ramai sangat yang join & buat duit. Alhamdulillah, kita punya hubungan tak ada masalah,” jelas Asyraf lagi.
Perbaiki hubungan dengan Allah
Sementara itu, Tya mengakui PKP membolehkan mereka memperbaiki lagi hubungan dengan Allah.
“ Kita banyak kan solat berjemaah, kita ada masa untuk solat Tahajjud & Dhuha, Tya pun banyak spend time dengan memasak, jadi hubungan pun baik-baik je. Syukur. Masa PKP ni, saya betul-betul spend time dengan Suami & anak-anak. Dapat mengajar arif dengan lebih banyak, Dapat makan bersama hari-hari.
“Kalau sebelum PKP, selalu tak ada masa, tapi sekarang, syukur ada banyak masa untuk family. Tya setiap hari facetime dengan family di Indonesia. Sedih juga sebab Indonesia makin teruk kes nya, dan tak tahu bila Tya boleh balik sana, tapi Tya gunakan je masa untuk banyak kan bercakap dengan mereka.
Isteri saksi jatuh bangun
Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Dalam pada itu, awal-awal pembabitannya dalam dunia perniagaan, pelbagai pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila dia mula meneroka dunia niaga. Ada yang mengatakan dia ‘menumpang’ kekayaan ayahnya. Bohonglah andai kata empunya diri yang merupakan anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) tidak terasa. Jujur mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.
Malah, tanggapan tersebut membuatkan anak ketiga dari lima beradik ini agak ‘sentap’ apabila dikatakan perniagaan jamu Mutyara Beauty yang diudahakan sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.
Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.
Tak guna pengaruh ayah
Jelasnya lagi, dia mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul- betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.
“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.
“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.
Gambar sumber: tyaarifinnw