Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
Ads
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
Ads
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuti-cuti ini memang anak-anak mempunyai pelbagai permintaan termasuk jenis hidangan untuk seisi keluarga. Malah ada yang meminta memasak makanan manis. Sekali-sekala tak mengapa. Apa kata, anda mencuba resepi viral yang mudah ini iaitu membuat Choho Jar bertih beras untuk anak-anak. Untuk membuatnya pun mudah. Boleh juga minta bantuan anak-anak untuk menyediakannya. Jom kita semak cara penyediaan resepi ini dikongsi oleh Puan Cik Puan Hana.
Nota: Sekilo bubble rice. Ni leh beli kt kedai jual brg kek. Tak sampai RM10 pun unntuk sekilo Then beli coklat jenama BERYLS. Amik yang MILK CHOCOLATE ye baru lah terlajak sedap. Pastu minyak masak secukupnya. Haa tu je bahan2 dia.. Jgn lupa cup utk chocojar ye..
Cara-cara membuatnya:
Goreng tanpa minyak (sangaikan) bubble rice ni dalam kuali. Atau jika bimbang hangus boleh gunakan dalam oven, suhu 100° dalam 10 minit je. Agak dah rangup krup krap ok dah tu.. Then biarkan sejuk. Sementara tu, cairkan coklat Beryls ye. Nak double boiled atas dapur pon boleh tapi saya guna rice cooker je. Bekas pula saya guna kuali kat kedai RM2 je. Jimat kos. Pastikan bekas coklat tu kering ye Jangan ada setitis air pun dalam tu. Sat g menangis meraung lah korang tgok coklat korang tak cair cair. Kemudian coklat dah cair, buh minyak masak sikit2. Agak-agak dah cair, kira ok dah tu.. Jangn pekat sangat, nanti chocojar mudah keras.. Tak sedap ye puan puan. Kemudian, buh lah bubble rice yang dah dibakar or disangai tu dlm bekas, then curah lah coklat yg da cair tu.. Make sure coklat tu da sejuk n bubble rice tu da sejuk, baru satukan mereka berdua ye.. Baru lah bagai pinang dibelah dua
Berikut gambar penyediaan:
Sekian sahaja resepi CHOCOJAR TERLAJAK SEDAP. Buat ye, jangn amik resepi pastu simpan wat pusaka macam kawan-kawan i yang lain tu. Nak nampak mewah dan sedap lagi, buh lah serdak-serdaj oreo ke, kit kat ke, cadbury ke atas dia.. so nampak mewah lah n leh up hrga.. Then guna bekas chocojar yang lawo sikit.. Doakan saya dan anak-anak sentiasa sihat, murah rezeki ye. Aamiin
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya bila waktu bekerja, mak-mak mesti tak sempat nak buatkan breakfast untuk orang dalam rumah kan? Paling pun kalau mampu, siapkan roti. Paling mudah, tapau je nasi lemak kat kedai. haha!
Haa dah alang-alang esok cuti ni, apa kata jom pikat selera keluarga dengan bihun goreng tomyam resipi dari Noorazila bt Yatim ni. Jom cuba!
BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahannya :-
Isi ayam potong kecil
Sos black pepper/tiram
Carrot didadukan
Daun limau purut
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis sikit
Kiub tomyam
Hotdog
Cili api sikit klu nak pedas
Cili boh/kisar
Bihun rendam semalaman
Cara-caranya :-
1. Blend bawang, ikan bilis dan cili api terlebih dahulu.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi hingga naik bau.
3. Masuk sos tiram/black pepper dan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan Kiub tomyam, ayam, sosej, carrot dan daun limau purut. Masukkan sedikit air kalau kering.
5. Bila ayam dah masak, last sekali baru masukkan bihun yang dah rendam semalaman tadi. Kacau hingga kering dan siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini dalam membantu mangsa-mangsa banjir dengan merentas negeri menggunakan kereta Viva dan membawa bot persendiriannya, telah membuatkan ramai yang kagum dengan keikhlasan dan kebaikan yang ditunjukan olehnya.
Lantaran itu, tampil beberapa pihak untuk membantunya dan antaranya adalah salah seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Sha Hassan ingin menghadiahkan kereta 4X4.
Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial apabila tular beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.
Lantaran itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu mangsa banjir di Pahang.
“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.
“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.
“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam.
“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.
“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.
Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. Dia juga meminta orang ramai tidak lagi mengecam Sha dan membuat pelbagai tuduhan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.