Buat anda yang suka bercucuk tanam namun tersekat hajat dek kerana ruang tanah yang terhad, mungkin boleh jadikan perkongsian daripada saudara Asyraf Rahim yang berjaya bercucuk tanam di balkoni rumahnya sebagai inspirasi.
Usahanya menanam timun jepun, nyata membuahkan hasil yang boleh dibanggakan sebagai langkah permulaan.
Untuk ketahui lanjut, ini perkongsiannya.
Saat yang paling indah, bila dapat menikmati hasilnya. Ratah pun sedap!
Timun Jepun Kebun Balkoni, 45 hari dari semaian benih ke tuaian buah.
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah)
Baja AB kepekatan EC 1.5mS/cm, pH 6.6-6.8
Forliar berjadual; Hydrogen Peroxide, Neem+Garlic Oil, Bactillus Subtilis, Kitosan, Trichoderma, Kristalon, Seaweed Solution.
Pertama kali tanam timun. Hasil menuntut ilmu YouTube PKP. Baru merangkak. Pelan-pelan kayuh.
Ini kaedah hidroponik, memang ada air di bawah yang diserap ke akar menggunakan media cocopeat
Ekstra info :
Secara literal nya, cocopeat bermaksud composite kelapa, memang tanpa tanah (soil less). Kalau dah dicampur tanah, kita panggil tanah campuran. Apabila dicampur tanah, wujud faktor microbes dan microorganisms yang boleh pengaruhi tanaman. Dan tanah juga tidak mampu menyerap air efisyen seperti cocopeat. Dan apabila dicampur dengan tanah, tidak lagi sesuai untuk kaedah hidroponik.
Sumber : Asyraf Rahim