Tanam Taugeh Nak Pastikan Gemuk-gemuk, Ni Tipnya!

Share

Mungkin ramai yang sudah mengetahui cara menghasilkan taugeh sendiri di rumah, namun mungkin ramai yang belum tahu sebenarnya ada tip untuk mendapatkan taugeh yang berkualiti.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Izham Alias ini. Jom semak.

Tips hasilkan tauge berkualiti

1. Pastikan siraman air cukup
2. Letak di dalam tempat yang gelap
3. Jangan ada air bertakung di dalam bekas. Air yang bertakung akan menyebabkan tauge menghasilkan akar sekunder (akar halus).
4. Siram setiap 4-6 jam. Siram sehingga basah.
5. Gunakan bekas yang kecil dan padat. Lagi padat biji benih, lagi gemuk tauge yang dihasilkan.
6. Rendam biji benih selama 24 jam sebelum memulakan projek bilasan.

Tauge kasar dicambahkan daripada biji kacang soya
Tauge halus dicambahkan daripada biji kacang hitam/hijau

Biasanya nisbah penghasilan tauge – 1:4 (biji benih: tauge). Jika kita menggunakan 1 kg biji benih, maka akan terhasil 4 kg tauge.

Foto adalah tauge kasar. Biasanya percubaan untuk menghasilkan tauge kasar dengan sendiri sukar. Faktor utama adalah kerana biji benih kacang soya yang dibeli di kedai bukan untuk buat tauge.

Biji kacang soya untuk tauge perlu dibeli khas dari kilang biji benih. Pembelian harus dalam kuantiti banyak dengan minimum 2 guni.

Moga bermanfaat.

sumber : Izham Alias Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri