Halaman yang kosong, jangan dibiarkan begitu sahaja. Hiasi ia dengan tanaman yang menghijau.
Aktiviti ini boleh mengurangkan stress, boleh juga menjadikan aktiviti bercucuk tanam ini sebagai hobi.
Selain pokok hiasan, anda sebenarnya boleh bercucuk tanam pokok sayur-sayurnya yang lebih mendatangkan hasil buat anda dan keluarga.
Pasti puas bila anda menjamu keluarga dengan hasil pertanian sendiri yang dipetik hanya di halaman rumah. Tambahan lagi, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar membeli sayur dan buah-buahan di kedai atau pasar raya.
Bagi anda yang mungkin belum tahu lagi bagaimana untuk memulakan langkah pertanian ini di kawasan rumah, ikuti perkongsian dari Nur Zaliana di dalam Group Facebook ‘Jom Tanam Sendiri’ yang berkongsi cara dia menanam dan menjaga pokok kubis.
Cara Tanam Kobis
Ini cara saya jaga pokok kobis sampai boleh dipetik, lain orang lain caranya matlamat tetap sama.
Benih Nazuka F1. Saya semai tabur terus atas tanah, bila dah naik saya pindahkan masuk dalam polybag kecil, media tanah campur cocopeat 1:1 kalau guna peatmos lagi bagus.
2. Ini anak kobis usia +-3 minggu saya letak oscomote campur eraso racun siput.
3. Ini pokok yang baru saya pindah tanam atas batas, yang sebelumnya saya gemburkan dengan tinja ayam. Lepas tanam wajib letak esaro supaya siput tak makan.
Ads
4. Ini usia 2 minggu lepas tanam saya letak baja kopi 888 campur foliar seaweed-Amino
5. Ini usia 1 bulan Hasil Selepas Tanam (HST) letak lagi baja tinja ayam.
6. Usia 37 HST ulang lagi letak baja 888 Seaweed amino +Trichoderma & bacillus bio foliar dan siram kat tanah terus beli di Shopee saja.
7. Usia 43 HST ulang langkah no 6.
Ads
8. 55 HST start membulat direct matahari malam pulak kena cahaya lampu jalan, sebab betul-betul tanam bawah lampu jalan.
9. 63 HST kena ada unsur K yang tinggi untuk pembentukan buah nak senang beli maxxigreen di Shopee.
Ada cara lain tips jimat. Tebang pokok pisang kulit pisang pun boleh ambil, ambil batang cincang lepas tu masukkan dalam tong cat 18 liter tu kemudian letak air peram 24 jam 3-4 hari pun boleh kena tahan dengan bau dia yang harum tu hehe .
Ambil pekatan 1 liter + air biasa 2 liter siramkan terus kena daun pun takpe tak lecur. Fungsi dia apa boleh cari kat google ye hehe.
10. 78 HST cr0p mula penuh dan keras hari-hari kena buat spot check lebih lagi waktu malam ulat dan siput suka makan daun tiada kawalan serangga kita guna manual saja.
Ads
11. 80 HST masih yang sama buat siram air batang pisang 2 hari sekali siram air kosong dan stop membaja. Sebab kena tinggal balik kampung sian cik kobis
12. Usia 90 HST lepas balik kampung terus tengok dia dulu walau pun jam 2 pagi sampai sayang nak petik tapi dah masanya kenangan sungguh betul-betul rasa peel dia tu
Kalau beli di kedai ni murah ja kobis tapi nak tanam jugak dapat 1 pengalaman.
Baru petik, best suara daun bunyik kruppp krappp.
Alhamdulillah syukur nikmat, 11 ketoi pengalaman jaga dia akhirnya membuahkan hasil walau tak seberapa tetap happy.
Berikutan peningkatankes Covid-19 yang naik mendadak baru-baru ini memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hanya tiga negeri tidak terlibat dengan PKPB berkenaan iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.
Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB berkenan juga sama sebagaimana SOP PKPB terkini yang dikuatkuasakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jelasnya lagi, ia juga bermakna PKPB di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya berakhir pada 9 November ini dilanjutkan sehingga 6 Disember depan.
Sehubungan itu, semua institusi pendidikan di semua negeri terbabit akan ditutup sepanjang tempoh empat minggu berkenaan.
Beliau juga mengingatkan orang ramai semua negeri berkenaan supaya tidak merentas negeri bagi mengelak penularan jangkitan pandemik berkenaan.
Ini merupakan aktiviti yang dilarang bagi penduduk yang terlibat dengan kawasan tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata pepatah, raihlah ilmu walaupun hingga ke negeri China. Dan setiap hari adalah hari kita belajar terutamanya mengenai kehidupan.
Ilmu takkan pernah buat kita rugi malah ilmulah yang membantu kita dalam menaikkan martabat diri.
Tahun lalu, tular mengenai 2 sahabat baik iaitu R Ramesh, 56 tahun dan M Krishnan, 77 tahun yang kembali menjejaki medan ilmu untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun universiti di (UniSZA), Terengganu.
Baru-baru ini, dua warga emas dilihat telah menduduki peperiksaan akhir semester pertama mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu.
Mereka menduduki peperiksaan ‘Pengenalan Teknologi Maklumat’ di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak pada hari Jumaat, 3 Februari, bersama kumpulan mereka yang lain.
Pihak universiti berkata, mereka berdua telah menjadi kawan baik apabila mereka bersama-sama menjadi pelajar semula setelah sekian lama tidak bersekolah.
“Kali terakhir saya menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk STPM, dan hari ini saya kembali ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan sarjana muda saya,” kata Ramesh.
“Saya sudah lama tidak belajar jadi sudah pasti ada masalah menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi pensyarah dan rakan sekelas saya banyak memberi sokongan dan bantuan,” katanya.
Sementara itu, Krishan yang berusia 77 tahun berkata, walaupun sukar membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga, dia tetap berusaha untuk memenuhi impiannya menjadi seorang peguam.
“Saya membahagikan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas, dan untuk peperiksaan akhir ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang,” katanya.
Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan inspirasi buat semua pembaca Keluarga agar tetap mementing pendidikan dalam kehidupan.
Rata-rata sana sini sekarang ini bercerita tentang filem Mat Kilau yang sedang mencacak naik sehinggakan mencipta sejarah apabila menjadi filem yang mendapat kutipan terbanyak dalam masa 11 hari iaitu mencecah RM47 juta.
Yang menariknya, filem yang diambil inspirasi dari perjuangan anak Melayu menenang penjajah ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, tetapi Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton bersama-sama salah seorang pelakon filem tersebut, Fattah Amin dan isteri, fazura.
Perkara ini dikongsikan oleh Fattah Amin di satu perkongsian di instagram miliknya.
Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli, untuk menonton filem Mat Kilau.
Patik jua menjunjung derma kurnia buku koleksi dan barang titah nasihat Tuanku Sultan, tentang sejarah Melayu khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan dan koleksi peribadi keris nusantara Tuanku. Barang titah nasihat Tuanku, akan patik semat di hati dan dijunjung selamanya. Patik dan isteri, sekali lagi menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.
Lakonan Fattah menerusi watak Awang dalam filem ini menuai pujian ramai dek penghayatan yang cukup hebat. Lagak, permainan mimik muka dan juga kelincahannya di dalam filem cukup mengujakan.
Sultan Selangor seru tonton filem Mat Kilau
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, DYMM Sultan Selangor bertitah agar orang ramai menonton filem Mat Kilau bagi sama-sama menghayati mesej yang cuba disampaikan.
Beta telah menonton filem Mat Kilau yang telah memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.
Beta menggalakan masyarakat negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem in agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.
Sultan Selangor turut memandang serius terhadap gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang sangat membimbangkan dan boleh boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Malaysia.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.