Tanam Serai Nak Subur Merimbun, Begini Teknik & Rahsia Dari Petani Serai Ni Kongsikan. Mudah Je Kalau Dah Tahu!

Share

Menanam serai antara yang popular ingin ditanam oleh kebanyakan kita sebagai ibu. Ini memandangkan setiap kali memasak, serai menjadi antara bahan utama yang perlu ada untuk melengkapkan sajian tomyam, ayam goreng berempah, rendang dan sebagainya.

Jadi untuk mudah mendapatkan serai, tanpa perlu lagi ke kedai untuk membeli setiap kali ingin digunakan,  ramai memikirkan bukankah bagus ada serumpun dua di laman rumah? Nak guna, ambil sahaja!

Untuk itu, sesiapa yang baru ingin menanam serai ikuti perkongsian daripada seorang petani ini bagaimana cara dan rahsia daripadanya  untuk mendapatkan tanaman serai  hidup subur dengan menghasilkan setiap rumpun serai lebih banyak kuantitinya dan merimbun. Nak tahu deatil, ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat.

Kepada yang masih belum tahu, ini adalah rupa sebenar pokok serai yang sudah matang umurnya. Tempoh matang serai ini biasanya mengambil masa 6 bulan hinga ke 8 bulan bergantung kepada kesuburan dan penjagaannya.

Kalau di pasaran runcit sekarang harga untuk sebatang serai boleh mencecah 15sen hingga 30sen. Itu waktu biasa, belum tiba waktu perayaan lagi.

Sebelum menanam, saya menyimpan benihnya dahulu di tempat yang gelap dan diisikan sedikit air di bekas penyimpanan benih. Ideanya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan akar baru sebelum menanam.

Tempoh proses ini boleh mengambil masa dalam 3 ke 5 hari. Dalam tempoh itu, air di dalam bekas itu haruslah di tukar kerana kandungan protein di dalam air akan meningkat dan menyebabkan pembiakkan bakteria. Selalunya air akan mengeluarkan bau busuk seperti bau air longkang. Jadi tukar kepada air yang baru.

Akar baru yang sudah tumbuh dengan baik. Pertumbuhan pokok selalunya akan bermula daripada akarnya dahulu.

Selepas itu, potong di bahagian daunnya pula, ideanya untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk daun yang baru. Jadi pokok akan lebih stabil apabila hendak menanam nanti dan mudah untuk diletakkan di bawah cahaya matahari. Pokok serai haruslah di tanam di kawasan matahari penuh untuk mendapat hasil yang berkualiti.

Selepas dua hari, pucuk daun mudah mulai tumbuh. Waktu ini adalah waktu paling baik untuk menanamnya ke tanah.

Langkah seterusnya, penyediaan tempat untuk menanam. Ini adalah kawasan yang akan saya tanam serai itu nanti, bersebelahan dengan pokok kantan saya. Pendedahan matahari penuh, sesuai untuk ditanam serai.

Prosesnya saya menyikat dan membersihkan dahulu kawasan untuk membersihkan kawasan tanaman.Daun daun yang saya sikatkan tadi, saya kumpul di tepi dahulu untuk kegunaan mulching kelak.

Sekarang ini lah waktunya, serai dan tempat untuk ditanam sudah bersedia.

Sebelum menanam, korek tanah kawasan tanaman lebih kurang dalam 2 inci kedalaman, lebar sejengkal lebih. Seperti gambar di atas.

Jarak yang saya buat antara lubang ialah 1 kaki x 2 kaki.

Saya gunakan baja kompos bebas dari tinja binatang dan benih lalang sebagai tanah gantian dari lubang yang saya korek tadi.

Kedalaman serai untuk ditanam cukup sekadar dibahagian ibu jari saya ini. Akar serai adalah jenis akar serabut. Jadi tak perlu tanam dalam sangat. Itu lebih baik.

Teknik tanaman ini dipanggil teknik tanam empat penjuru. Teknik yang amat popular di kalangan petani serai kerana, kapasiti pengeluaran serai lebih banyak berbanding teknik tanaman yang biasa (single). Jarak antara benih dalam sejengkal. Jadi di setiap lubang tadi, masukkan empat benih serai. Bayangkan betapa besarnya rumpun serai itu nanti.

Saya mengamalkan konsep permaculture dalam kerja saya. Jadi saya gunakan longgokkan daun tadi sebagai mulching nanti. Kenapa perlu mulching? Salah satunya untuk kawalan lalang nanti. Petani serai selalunya mengamalkan konsep tanaman 3T (tanam, tinggal, tuai). Jadi bayangkan lalang mula tumbuh meliar di kawasan serai. Saya sudah mempunyai pengalaman mengendalikannya. Memang sukar dan MIANG.

Tanah yang sudah di mulch.

Jadi saya letakkan daun daun itu sebagai mulching di tempat tanaman serai. Langkah ini dapat mengatasi masalah lalang yang akan menjadi masalah di kemudian hari.

Sumber : Sadam Arffain

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jika berminat dengan koleksi Sandle Tory Burch klik sini