Berdepan dengan ruang laman yang terhad, ada antara kita akan mencari alternatif untuk menanam serai di dalam pasu.
Nyata serai yang ditanam, dapat juga hidup. Cuma tidak boleh dinafikan agak sukar untuk serai yang ditanam hidup subur seperti menanam di atas tanah. Apatah lagi bila tanaman serai merimbun, sarat sepasu dan ianya boleh menyebabkan serai ditanam tidak boleh membesar dengan sempurna.
Jadi apa perlu dibuat?
Untuk ketahuinya, ikuti perkongsian daripada Ardi Tani dan semoga bermanfaat.
Hari ni trim serai kampung bagi ensem sikit setelah lama ditinggalkan..
Ads
Buang daun-daun Kering diluar dan dibahagian dalam..Asalnya Tanam 2 3 batang sahaja..Sekarang Sudah penuh pasu..
Ads
Bahkan cara yang sama juga dikongsikan oleh Nurainy Kuing. Menurutnya ada 2 rahsia tanam serai supaya gemuk.
1-Trim macam tu ikut keperluan
Ads
2-Cabut serai-serai kecil atau serai yang dah besar dalam rimbunan agar batang serai yang sedang membesar tumbuh dengan mudah dan membesar.
Nurul Atiekah turut berkongsi tip untuk pastikan serai atau tanaman subur..lepas cuci ikan..air perut ikan tu jngn buang..siram atas pokok tanaman kita..insyaallah subur semua..
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar. Semua ini bagi menarik minat pelajar. Baru-baru ini, tindakan seorang guru memakai baju hasil seni anak muridnya menyentuh hati netizen.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, menerusi Twitternya Fazri Hassan, memuat naik gambar dia memakai kemeja yang dipenuhi lukisan. Menurut Fazzri, itu merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni, 10 orang anak muridnya. Menurutnya, hasil tersebut sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas. Wow sangat kreatif kan!
Menghargai usaha lagi penting
Menurut Fazri, demi menghargai hasil seni anak muridnya, dia sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan hasil seni tersebut kepada warga sekolah.
Bersama rakan sekerja dan staf kantin
Antara foto yang diambil sewaktu berpusing di sekitar sekolah, dengan mak cik kantin pun ada!
Inilah pereka design baju
Tiga hari nak siapkan design
Kesemua pelajarnya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan design baju mereka.
Inspirasi Maisarah
Antara inspirasi rekaan anak muridnya ialah rakan kelas sendiri. Menurutnya lagi, baju tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan dan setiap lukisan pada baju itu mempunyai kisahnya yang tersendiri.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau jelas terpancar dalam gambar-gambar yang dikirimkan dan hampir pasti anak-anak didiknya juga merasakan perkara yang sama kepadanya. Tahniah cikgu,semoga terus sukses!
Keterujaan nak buat biskut atau kuih boleh termati sendiri bila melibatkan bab timbang bahan. Lebih-lebih lagi bahan-bahan tersebut menggunakan sukatan gram atau memerlukan alat penimbang.
Sebenarnya , tak perlu risau atau kecewa jika alat penimbang di rumah tiada atau rosak. Jom guna je sukatan cawan untuk menyukat bahan-bahan seperti tepung, gula, butter dan sebagainya. Tetapi kena tahu caranya yang betul.
Jom ikut panduan yang disediakan oleh puan Yatie Eimra. Memudahkan ibu-ibu nak buat kek atau biskut raya.
Tip Tepung #1 : Cawan Penyukat Standard vs Cawan Minuman (cawan teh/kopi)
Ramai yang konfius kan bab sukat tepung guna cawan.. Kebanyakkan orang fikir, tak kisah guna cawan yang mana (samada cawan penyukat standard atau cawan teh/kopi) & tak jejaskan resipi asalkan sukat tepung & cecair guna cawan yang sama.
Sebenarnya ia hanya betul kalau resipi tu takde telur. Kita boleh guna apape jenis cawan pun asalkan sukat tepung & cecair gunakan cawan yang sama.
TAPI kalau resipi yang ada telur, selalunya hasil akhir akan efek gak sikit sebab sukatan cawan tu berbeza..
Contohnya resipi gunakan –
1 biji telur B (lebih kurang 50gm) 2 cawan tepung..
👉Cawan penyukat standard = 125gm tepung.
👉Cawan teh/kopi = 80gm-100gm tepung jer
⚠So, kalau resipi asal tu gunakan cawan penyukat standard, total berat tepung sepatutnya = 250gm, bagi sebiji telur.
⚠Tapi kalau kita pakai cawan teh/kopi, total berat tepung = 160gm-200gm jer bagi sebiji telur. Nampak tak, dah kurang 50gm kat situ..
⚠Dengan berat telur yang sama, tapi bila kita guna cawan berbeza, berat tepung tak cukup, sikit sebanyak efek la gak resipi tu..
⚠Camtu gak kalau resipi asal guna cawan teh/kopi tapi kita gunakan cawan penyukat standard.. Resipi kita tu akan jadi “terlebih tepung” untuk resipi yang sama.. Bagi penggemar resipi Azlina Ina, selalunya korang yang guna cawan penyukat standard, akan alami masalah terlebih tepung ni.. 😆
🌟Walaupun macam tu, ada pengecualian gak.. Kalau resipi tulis telur pun perlu disukat gunakan cawan, maknanya korang boleh guna apape jenis cawan/mangkuk hatta guna periuk sekali pun untuk sukat setiap bahan 😆 Sebab tu perasan tak, resipi mak kita dulu² (terutamanya resipi kek) bukan setakat tepung & air, tapi telur pun kena sukat dengan cawan.. So hasil akhir nanti takkan lari jauh walaupun cik kiah guna cawan kopi, cik bedah guna mug besi.. Bezanya lagi besar cawan diguna, lagi banyak la adunannya..
P/s: Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza 5-10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ni bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara sukat lak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cara-caranya : . Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu). . Serai 5 batang diketuk. . Masukkan 1.5 liter air dalam periuk. . Masak sehingga epal lembik. Siap. . Minum ketika suam-suam.
Antara Khasiatnya: ? Keluarkan angin dalam badan. ? Kempiskan perut. ? Menurunkan berat badan. ? Cepat kenyang. ? Awet muda. ? Kulit cerah. ? Mengurangkan kolestrol. ? Menghilangkan sakit badan/sakit urat. ? Sesuai untuk orang sakit lutut. ? Menghilangkan sakit tumit. ? Meringankan tubuh badan.
Kredit Page : Pesan Atok Nenek
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.