Kalau hendak dibanding harga serai dulu dan sekarang memang jauh bezanya. Tidaklah semahal hari ini.
Memandangkan serai biasa digunakan dalam masakan di Malaysia terutama bagi orang Melayu. Oleh itu, permintaan serai sentiasa ada.
Selain digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam masakan, serai juga sebenarnya kaya dengan pelbagai manfaat.
Pun begitu, perasan atau tidak biasanya penggunaan serai di dalam masakan kita hanya guna bukan banyak mana pun.
Tetapi dipasaran, serai dijual seikat dengan kuantiti yang melebihan apa yang ingin kita gunakan untuk dimasak. Bila ada lebihan, mesti akhirnya serai yang dibeli layu dan akhirnya dibuang begitu sahaja.
Jadi hendak selesaikan hal ini, baik ditanam sahaja pokok serai di rumah. Kita boleh cabut satu persatu mengikut kuantiti yang ingin digunakan. Cukup jimat dan mudah!
Jom kita belajar macam mana nak menanam serai dalam pasu bunga. Boleh jimat duit belanja dapur!
Ads
Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari kedai runcit. Kalau boleh cari yang berakar.
Langkah 2
Rendam anak benih dalam bekas. Kerana anak benih yang dibeli dari kedai biasanya dah tiada akar, so kita rendam untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Rendam pada bekas lutsinar dan air sikit saja. Insyaallah akar akan tumbuh 4-5 hari kemudian.
Ads
Langkah 3
Penyediaan tanah. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah. Tapi saya pakai tanah yang dibeli dinursery je.
Langkah 4
Menanam. Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.
Ads
*Jangan menanam benih serai terlalu dalam
Langkah 5
Menyiram. Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.
Isu penularan Covid-19 di Kedah baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi. Semuanya disebabkan oleh seorang individu bermastautin tetap di Jitra, Kedah, yang juga pemilik restoran Nasi Kandar berkenaan. lelaki tersebut didakwa berada di restoran milikinya dengan memakai gelang pink Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Individu tersebut itelah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun demikian, individu itu TIDAK mematuhi syarat perintah itu. Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, 4 pekerja kedai makan tersebut dan 1 ahli keluarga dikesan positif. 2 orang pelanggan dari restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pihak polis telah menggesa orang ramai yang makan di kedai nasi kandar di Napoh di antara 13 hingga 24 Julai lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 20 kes dikesan positif COVID-19, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.
Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.
MKN Kedah telah mengarahkan 5 buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini. Kisah suami wanita ini yang dikatakan positif kerana singgah makan di restoran berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi di laman whattsApp. Terbaru, isterinya, Noraini Mukhtar tampil menepis dakwaan dan menceritakan kisah sebenar sekali gsu menyangkal dakwaan palsu yang kian menular di media sosial kini. Menurut Puan Noraini,suami nya dikatakan kontak rapat kerana pernah berurus niaga dengan pekerja kedai itu. Disebabkan itu, suaminya diminta menjalani ujian saringan. walau bagaimana pun ketupusan ujian tersebut disahkan negatif. Kami dan covid..
Assalamualaikum
Tiba2 rasa nk buat coretan sikit. Bknnya apa, sebab rasa terkesan dgn apa yg jd.
28/7/2020 (selasa) Jam : -+ 5 lebih
Dpt call dr husband, ktnya pej kshatan call dia utk jalani saringan covid..brkaitan kes kluster SIVAGANGGA. Allah..mcm kna sakit jntung..dh knapa.. tnya hsband :’abg p mkn kt kedai dia ka’ hsband ckp :’ehh..dak aihh, x penah p pon’ Tnya lg: ‘dh tu pasaipa kna saring’ Hsband ckp..’ depa kta (merujuk pd yg call dia td) ada contack ngan nasi kndaq tu..sebab mangsa dan pekerja mai beli brg kt ctu..(tmpt qeja hsband)
Plkdh mulala x leh dok diam, call mmber yg kbetulan adik dia qeja sma dgn hsband..
Aku : wei, ___ dpt call dk? Dari pjbt kshtan? Dia : dak pon…awt? Aku : explainlaaa pnjng lebar dgn penoh ktakutan & kesedihan brsarang d hati Dia : satgi aku call adik aku tnya.. Dia : wei…dpt jgk call tu..kna p jgk..
Susah hati laaa…ish..x kan kot, x penah p mkn, tp jd mangsa, mau tu ckp hat x elok kt si tokey nsi kandaq tu bejela la..habih semua tkeluar, x tapih sikit dh pon Ya la..dr PKP per1 lg kami skluarga x penah lnggar arahan..tiba2 PKPP jd mcm ni.. sapa x marah..rasa teraniaya.. Atas nasihat seorang yg brada dlm bidang kejururawatan, mmber call la Pn PPAK kami..cerita masalah ni..bla..bla..bla.. Atas nsihat bos dan memikirkan tndakan awal lngkah berjaga2 sebab melibatkan knk2 kecil, kami x d benarkan ke tabika ( tmpt qeja la tu..lp nk habaq, qeja kami ckgu Tabika na). Ok, akur dgn arahan..aku pon ckp kt ank2, esk x yh p sek na..bg abah settle dlu apa yg patut..nasibla esk last sek dh ank2 pon.. Call mak..mntak maaf x jd blk raya haji ( walau dh planning bagai) sebab takut kesihatan mak..mak pon dh x bqapa chat 29/7/2020 (rabu) Jam 9.00 Hband dh ada d tmpat saringan, menggu hsband d sring mcm ada batu besaq d dada.. T.hari hband call ckp PPD call, soh ambik ank d asrama sebab ank dh diasingkan Sekali lg..Ya Allah..tp fhm tindakan depa..lngkah brjaga2. Mntak tlg abg ipaq ambikkan sebab dh x rasa nk kluar. Dlm jam 2ptg, hsband blk..bwk surat. Dlm surat dnyatakan hband kna kuarantin diri smpai 2/8/2020. Pg hari yg sma sy dan kwn2 dh d arahkan utk tutup premis Tabika..sebabnya..LANGKAH AWAL BERJAGA-JAGA, memandangkan kes berada di dalam kawasan dan ada kakitangan yg trlibat (sy dan beberapa rkn yg ada dlm kaw Napoh)..betulla tu..kami brurusan dgn knk2 kecil..sdh tntulah kebajikan mereka mnjadi keutamaan kami.. Apa yg nk sy kongsikan d cni brmula arahan penutupan Tabika, tiba2 bnyk plk berita lain yg smpai..dh viral sna cni suami ckgu Tabika Kg Bemban dah positif..wsp msk bertalu2..ingtkan d cni sj..rupanya dh merebak 1 malaysia..kwn2 dh mula hantar kt sy kenyataan yg viral tu..mula ingt biasa ja la..tp lma2 dh jd luar biasa..yg ckp hsband p mkn ctu..ada crita hsband p beli air kt ctu..dh mcm2 versi cerita yg kuaq.. Mulala sy dh kejang jari melayan stiap wsp yg msk..sebab nk betulkan keadaan.. Ptg tarikh yg sma sy plk yg dpt call dari pjbt kesihatan..mntak buat saringan esknya..sekali lg rasa berat ja dada..mna dgn wsp yg dok jwb x habih2 lg ni. 30/7/2020 (khamis) Jam 8.30 pg Sy drive sorang ke tmpt saringan..jnji dgn sorang kwn yg juga kna mcm sy sebab kes yg sma..bila smpai..mak oiii..ramainya org, hebat sngguh penangan SIVAGANGGA.. Petugas2 kkm dgn pakaian rasmi covid, polis, dh ada d sna..sesak rasa ramai sngat..akhirnya seorang doc buat announcement..hnya contact trdekat ja yg akn d saring iaitu org yg pernah mkn @ mmbeli mknan d kedai trsbut pd tarikh2 yg d nyatakan & org yg dpt pnggilan tel dr pjbt kesihatan.. Duppp…trmasuk sy la tu..tp contact trdekat..sy x mkn ctu..hsband pon x mkn ctu..better tnya doc dlu. Alhamdulillah..kebetulan doc tu sepupu suami..x pyh buat la dia kt..blk la, kami bkn contact dkat pon..sebab ramai sngt..takut kluster lain plk yg wujud leganya rasa.. Lewat ptg raya dia tel..ckp result ngetif, klu nk blk raya kna ambil surat utk pelepasan kuarantin..tp d sebabkan dlm surat pjbt kshatan tarikh kuarantin brakhir 2/8..kami ikutkan ja..hari ni last la tarikh tu..bila dh dpt bukti result sy pon wsp Pn PPAK..maklum..alhamdulillah..
Hsband dh sah ngetif..t.kasih pd yg wsp, call tnya khabar..tnya berita sahih walau dh viral teqok..pd yg brtnya sy jelaskan…HNYA SARINGAN..belum positif lg Pd yg x brtanya..mcm2 andaian d buat..trpulang
Harap lps bca cerita pnjg lebaq ni..clear dh kot..yg sindir2 kta lebih krg, dlm gruop wsp sy n suami..boleh dh la hentikan..yg brcerita d kedai2 mkn..tmpat2 beli ikan ka..kedai2 brg ka..boleh dh la mula cqita yg betoi blk.. Yg tngok kami mcm penjenayah pon..dh boleh mula snyum blk Trkesan jgk la dgn apa yg jadi..jd dah clear na..kes viral suami ckgu Tabika kg Bemban positif x wujud dh na.. T.kasih keluarga, Pn PPAK, kwn2 yg support..
Maaf andai luahan ni ada yg terasa hati..bkn nk kta kt spa2..cuma nk clearkan apa yg x betoi..tu ja. Ok..lega dh leh kuaq semua. MORAL OF THE STORY.. Bila dh pakai gelang pink…dok la rmh..jgn dok susahkan org len..
#JGA DIRI ELOK2 #COVID D MNA2 #1HB 8..MASK JGN LP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Manusia tanpa sedar membina dirinya mempunyai karektor seperti pemalu, berani, diktator, bongkak dan sebagainya. Keadaan ini dipengaruhi dengan persekitaran serta cara didikan ibu bapa ketika kecil.
Karektor inilah akan membentuk sikap dalam diri. Malah melalui posting juga melambangkan personalitinya. Begitulah juga dengan perkongsian oleh pendakwah terkenal ini Ustazah Asma Harun yang menyentuh mengenai beberapa sikap individu ketika posting di media sosial. Apa pun beliau membuat penegasan bahawa ‘sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah’. Deep!
Ikuti perkongsian.
Ada orang susah payah campur berdebar update status, tapi hanya dapat 2,3 like. Allah nak jaga hati dia, supaya kejar like Allah. Dia terus update, dia tak kisah dah walau kawan pun tak support .
Ada orang suka tinggalkan comment panjang di update status orang, kemudian ramai pula baca dan tersentuh. Baru dia faham, disitulah tempat dia berkongsi, bukan di status sendiri. Teruskanlah, pasti ada yang membacanya.
Ada orang dia tak pandai nak comment panjang, cuma tulis “terima kasih..” atau “Aamiin” atau “Moga Cepat sihat” atau cuma tinggalkan emoji 😭😁😢😊☺️🤭 dll. Dia kumpul pahala doa, tenangkan dan bahagiakan orang lain, lalu dia turut rasa bahagia.
Ada orang jarinya laju je scroll sampai tak sempat nak like, tapi dia gigih baca semua comment², kejap senyum kejap berkerut sorang2. Begitulah dia, lalu dia scroll pula fb comment yang dia suka atau dia tak suka. Boleh, namun pastikanlah yang bermanfaat.
Ada orang dia boleh nangis baca sesuatu berita atau cerita yang menyedihkan di FB, hatinya juga selalu tersentuh dengan kata motivasi, nasihat dan teguran, emojinya selalu 😭 nampak sebak. Namun tak lama selepas itu, dia tarik selimut atau layan tv. Dia mudah tersentuh dan menangis tapi susah berubah.
Ada orang status dia ramai yang like, comment dan share. Lalu dia rasa riyak, takabbur, Ujub, dan Sum’ah. Dialah yang paling rugi di antara semua di atas, nauzubillah. Namun dia juga boleh jadi yang paling beruntung, jika ikhlas.
Namun, siapakah yang lebih beruntung ?
Mereka yang baca, tulis, lihat dan dengar sesuatu ilmu, lalu mereka BERAMAL DAN BERUBAH.
Dimanapun kedudukan kita di atas, sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaaan. Disebabkan wajahnya yang comel, dan tingkahlakunya yang lincah dan menghiburkan itu menyenangkan orang di sekelilingnya.
Umum mengetahui, bulu kucing tertanggal bukan lah perkara asing yang terjadi dan ia dikategorikan sebagai najis. Sementara itu, syarat sah solat pula memperuntukkan orang Islam suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat solat.
Jadi, bagi mengetahui status sah solat individu yang mempunyai bulu kucing melekat pada salah satu kawasan tersebut, mari ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.
Apakah hukum bulu kucing yang tertanggal? Melalui jawapan yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohd al-Bakri, di dalam Mazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis kerana kucing termasuk haiwan yang haram yang tidak boleh dimakan.
Namun, bulu kucing adalah najis yang dimaafkan kerana keberangkalian bulunya merata-rata sukar untuk dikawal. Maka, solat yang dikerjakan adalah sah.
Dalam hal ini, suka saya nyatakan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Hal ini amat jelas dalam banyak riwayat hadis.
Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.
Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan:
“Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.”
Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?”
Saya menjawab, “Ya.”
Abu Qatadah menjelaskan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.”
Hadis soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.
Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.
Akhukum fillah,
Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohd al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. 10 Zulkaedah 1436H bersamaan 25 Ogos 2015.
Maka, berdasarkan hadis di atas, terdapat kelonggaran yang diberikan kepada kucing kerana ia haiwan yang berkeliaran di tempat tinggal manusia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.