Tanam Sendiri Macam-macam Sayur, Tu Cara Ibu Ni Nak Pastikan Famili Dapat Yang Terbaik!

Share

Jika dilihat di laman-laman kediaman keluarga, umumnya akan dihiasi dengan tanaman berbunga. Ianya nampak begitu indah dan penuh warna warna. Pun begitu, tidak kurang hebatnya andai ruangan laman rumah turut dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman herba dan sayur-sayuran.

Ini sebagaimana apa yang dibuktikan oleh Puan Siti Zalikha Abdullah apabila lanskap kediaman rumahnya diserikan dengan pelbagai jenis tanaman seperti kobis, salad, timun, sawi, kangkung, bendi, kacang-kacang dan sebagainya. Nyata, sentuhan yang diberikan olehnya mampu mencuri tumpuan jiran-jiran dan sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya.

.

Untuk mengetahui lanjut kisah bagaimana dan kenapa wanita ini berkebun sayur di laman rumah, ini dikongsikan kisahnya.

Join group

Selepas bersara, saya banyak masa terluang. Jadi saya join group-group berkebun di fb…di situ baru saya tahu sayur-sayur yang kita makan selama ini banyak disembur racun supaya nampak cantik dan menarik pada pembeli. Dari situ saya terinspirasi untuk memulakan langkah berkebun di laman rumah bagi memastikan sayur yang kami sekeluarga makan adalah sihat dan bebas bahan kimia.

Jadi sebeb ini juga semua kitchen waste saya buat baja kompos. Kadang-kadang curah saja dalam batas kosong…lepas sebulan dua..gemburkan dan semai sayur….in shaa Allah..sayur pasti gebus.

**media[28732,28734]**

Dan ini antara pokok yang saya tanam. Antaranya seperti kobis, salad, timun, sawi, kangkung, bendi, kacang-kacang…tapi saya tak lah tanam semua serentak.
Bagi saya menanam juga adalah satu terapi, bayangkanlah bila saya nampak benih yang disemai bercambah, itu pun boleh buat hati saya berbunga-bunga gembira.

Rezeki dikongsi

Sayuran-sayuran yang saya tanam bila dituai memang tak habis makan sendiri.

.

Selalu bagi kat saudara-saudara, kawan dan jiran-jiran. Manakala jiran atau kawan pula bila datang ke rumah ada saja buah tangan yang dibawa untuk kami sekeluarga. ..alhamdulillah murah, rezeki. Saya percaya ‘ kita tuai apa yang kita tanam’

Sumber : Siti Zalikha Abdullah