Tanam Sendiri Bawang Merah. Cukup Mudah & Cepat. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Confirm Menjadi!

Share

Memadangkan sekarang harga bawang tak masuk akal, apa kata cuba tanam sendiri di rumah. Caranya pun mudah dan cepat. Dua bulan ditanam dah boleh dituai. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian dari Ras Abdullah.

.

TANAM SENDIRI BAWANG MERAH
Kerdit info dan gambar:
Puan Azlina Mat Lazim


Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dgn nisbah 2:1
*Pasir =2 bahagian campur Tanah berkebun=1bahagian.

Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup2 saja, jgn siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

.

Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.

.

Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.

.

Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.

.


.

Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna.

.