Tanam Sayur Silih Berganti, Walau Tinggal Di Rumah Teres. Wanita Ni Kongsikan Tipsnya!

Share

Bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.

Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun sejak enam bulan lalu telah pelbagai jenis tanaman diusahakannya. Tambah menarik perhatian, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur.

Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.

Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, 6 bulan yang lalu saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh di makan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.

Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..

Cara guna :

pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..

Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali


Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.

sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri