Bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.
Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun sejak enam bulan lalu telah pelbagai jenis tanaman diusahakannya. Tambah menarik perhatian, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur.
Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.
Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, 6 bulan yang lalu saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh di makan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.
IKLAN
Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..
IKLAN
Cara guna :
pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..
IKLAN
Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali
Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.
sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.
Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.
Ini perkongsiannya.
Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.
Langkah-langkahnya:
1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.
2. Kemudian cungkil penutup botol seperti ini.
3. Siap.
Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.
Baru-baru ini Edika Yusoff menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama isteri yang ke 18. Pelakon Edika Yusof dan isteri menyambut ulang tahunnya cukup sederhana dengan sebiji kek.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan yang romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana dia mempunyai memiliki wanita sehebat isterinya disisi.
Kebahagiaan yang diimpikan hanya dirasai selama 2 tahun. Mereka kemudiaanya diuji hanya sekelip mata dengan Kehadiran ujian yang menimpa isterinnya menginggap penyakit Meningitis sehingga lumpuh. Ini wajar untuk dijadikan iktibar dan boleh dijadikan conoth oleh semua pasangan.
Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk tidak begitu aktif dalam dunia seni kerana ingin menjaga isterinya. Hidayah.
sumber : W0wberita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedang dunia memberi tumpuan kepada tragedi letupan kapal selam Titan dalam ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic dengan membawa pelancong yang bukan calang-calang orangnya, iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate, Stockton Rush, Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Prerancis, hartawan dan anaknya serta bilionair British , Hamish Harding.
Difahamkan syarikat kapal selam itu mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) bagi setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.
Disebalik insiden ini, turut didedahkan satu kebetulan yang cukup memilukan apabila difahamkan Rush iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate tersebut didapati berkahwin dengan Wendy Rush iaitu cicit kepada Isidor dan Ida Straus yang meninggal dunia secara tragis dalam bencana Titanic 1912.
Isidor dan Ida adalah dua hartawan paling kaya yang menyertai pelayaran sulung Titanic sebelum ia karam.
Wendy Rush atau nama asalnya Wendy Minnie Weil, salah seorang daripada keturunan keluarga Straus.
Hubungan isteri CEO dengan pasangan terkenal Titanic itu disahkan melalui rekod salasilah dan telah menjadi perhatian ketika pencarian kapal selam OceanGate yang hilang berhampiran bangkai Titanic.
Isidor dan Ida Straus yang juga pengasas bersama jenama Macy’s memilih untuk terus berada di atas Titanic biarpun telah ditawarkan tempat duduk dalam bot penyelamat.
KETIKA CUBA DISELAMATKAN, ISIDOR DIKATAKAN TIDAK BERGANJAK. LELAKI BERUSIA 67 TAHUN ITU BERKATA DIA TIDAK AKAN PERGI SELAGI SEMUA PENUMPANG WANITA DAN KANAK-KANAK TIDAK DISELAMATKAN.
Dalam situasi cemas antara hidup dan mati, Ida juga enggan meninggalkan kapal tanpa Isidor yang telah dikahwini selama 40 tahun.
Babak cinta sejati mereka turut difilemkan di dalam filem Titanic arahan James Cameron pada 1997.
Dalam filem berkenaan, Isidor dan Ida digambarkan berbaring di atas katil di kabin kelas pertama mereka ketika air sedang naik memenuhi kapal.
Menurut saksi di lokasi kejadian 111 tahun lalu, pasangan itu kekal berpelukan di bahagian dek kapal penumpang paling besar di dunia itu sehingga karam.
DILAPORKAN MAYAT ISIDOR DITEMUI DI LAUT KIRA-KIRA DUA MINGGU SELEPAS BENCANA ITU MANAKALA JASAD IDA TIDAK PERNAH DITEMUI.
Menurut salinan arkib New York Times yang diterbitkan pada 13 Mei 1912, patung peringatan untuk pasangan itu dibina di Dewan Carnegie New York City.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut...