
Bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.
Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun sejak enam bulan lalu telah pelbagai jenis tanaman diusahakannya. Tambah menarik perhatian, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur.
Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.
Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, 6 bulan yang lalu saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh di makan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.
Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..
Cara guna :
pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..
Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali
Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.
sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Himpunan 5 Resipi Guna Sardin Tin Jer. Serius Sangat Kreatif, Mudah & Sedap Pula Tu!

Sardin tin biasanya dikaitkan dengan menu yang mudah, cepat dan sedap. Jika dahulu ibu-ibu hanya membeli di kedai tetapi kini semua orang dah mampu buat sardin sendiri dengan menggunakan ikan segar.
Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Waktu Kecil Kena Didik Anak Jadi ‘Hamba’ Supaya Bila Dewasa Tak Jadi Raja. Deep Perkongsian Lelaki Ini!

Bak kata pepatah sayangkan anak tangan-tangankan. Justeru dalam mendidik ibu bapa kena pastikan anak-anak hormat dan tahu batas mereka. Kerana itu juga anak-anak perlu ajar membuat kerja supaya mereka tidak meletakkan semuanya di atas bahu ibu bapa.
Jika tidak mahu anak tersalah langkah, waktu kecil lagi mereka perlu dididik supaya bila dewasa kelak tak menjadi raja. Perkongsian lelaki ini sangat bermanfaat untuk semua!
Didik anak sebagai ‘hamba’. Bila baca nampak agak ‘kasar’ tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Tak boleh ikut macam ibu si Tanggang, manjakan anak sampai anak jadi raja dan ibu jadi hamba. Salah didikan cara begini. Kalau mahu anak yang taat, mesti didik anak sebagai seorang hamba.
Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.
Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone .. atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, anda yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti, al maklumlah .. berkemampuan lebih dan tak terima BR1M. Harga barang naik pun tak ada hal .. anak minta itu ini, diberikan sahaja .. agar dapat “I Love U Daddy …”.
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah.Ada anak-anak ni ambil tahu? Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka… jadi bagaimana nak tahu, bagaimana nak appreciate?
Ini Alasan Banyak ….
Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
“Kesian anak tu kecik lagi..”
“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua. Bila anak jadi begini, kita kata mereka anak derhaka … nah, pi tempeleng diri sendiri … dari mana mereka itu datang kalau nasi tidak tumpah ke kuah?
Bukan itu sahaja…
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri .. bukan dari drama TV slot Akasia ye ..
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …
Makan lak … laki bini anak beranak … mak yang masak. Nak beli sesuatu kat kedai, diminta si ayah yang dok bertongkat pergi belikan. Adeh ..
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Anak-anak yang telah dewasa, berumah-tangga, beranak-pinak ini akan jadi raja kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Mak bapak menjadi hamba mereka. Apa yang mereka tahu … selagi mak bapak ada, selagi itulah mereka terus bergantung hidup …
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada tingkatan cara didik anak ini. Guna sahaja tips dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan. Jika nabi kata pukul .. maka pukullah .. jika nabi kata ajarkan anak sholat .. maka ajarkanlah.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka
Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.
Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.
Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.
Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.
Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Sumber: www.hasrulhassan.com
“Comel, Pandai Sembang. Sukanya Tengok.” Gelagat Ainul & Nenek Berborak Buat Netizen Tersentuh!

Momen yang cukup mahal, itu antara ungkapan yang boleh diterjemahkan pada gambar-gambar si bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah ini. Gambar-gambar adik Ainul bersama neneknya dimuat naik oleh ayahnya menerusi facebooknya mendapat reaksi ramai.
Rata-rata memuji dan mengatakan Ainul kini nampak sihat dan semakin comel. Malah, ada yang mendoakan semoga kesihatan anak kecil kesayangan rakyat Malaysia ini terus sihat dan membesar dengan baik sepertimana kanak-kanak lain seusianya.
Gelagat Ainul dengan nenek di awal pagi.
Rutin ainul setiap hari akan tidur pukul 7 malam sehingga 7 pagi. Ainul akan tidur 12 jam dan bangun 12 jam.
Jarang waktu tidurnya dia akan terjaga kecuali di buang air besar atau lain-lain. Siang memang ainul tak akan tidur langsung. Ya, kalau bangun 7 pagi, dari 7 pagi sampai 7 malam dia main, dia kacau orang, dia sakat orang suruh dokong dia, kalau tidak dia nangis
Antara foto yang sempat dirakam hari ini. 😁
Ishanadia Ismail Mahal tau moment ni..alhamdulillah..moga adik ainul sihat sokmo,ceria bahgia selalu😍
Putery Dekmi Assalamualaikum ainul.. comel nye ank kesayangan Malaysia nt. Semoga terus membesar dgn sihat yee..
Nonie Kamaruddin alhamdulillah..semakin membesar n semakin cerdik akalnye..geram plk tgk gelagat ainul…semoga Allah memberi kesihatan yg baik buat ainul ye.😍
Kathleen Jinai Kathleen Apalah disembangnya dgn nenek tu. Bijak Adik Ainul ni. Semoga sentiasa sihat sayang.
Mohd Radzi Khusen MasyaAllah comel dan sihat… Alhamdulillah syukur
Eva Sari Sabri Ya Allah.. 😭😭 Rindunya dgn Ainul Mardhiah.. slu tertanya2 mcm mna keadaan Ainul.. Alhamdulillah semakin mbesar Anak Kesayangan Malaysia ni.. 🤗😘 smga sihat2 slu syg.. kmi semua sygkan Ainul … 😍
Azatie Khairul Alhmdulillah.membesar dgn sihat die…seribu rahmat dlm perancangan Allah…Ainul baby yg kuat mcm ibu dan ayahnya…baby buah hati rakyat malaysia….tumpang seronok sgt…dulu pnh menitis air mata mohon doa setiap kali lps solat agar ainul kembali pulih spt baby lain😍