Tanam Sawi Dalam Petak Tanaman, Cara Mudah Nak Uruskannya!

Share

Bercucuk tanam di laman rumah menarik juga dijadikan hobi, apatah lagi katanya dengan menanam pokok boleh dijadikan terapi pada diri seseorang. Sesuai sangatlah untuk dipraktikkan bagi hilangkan stres setelah seharian berkerja.

Jadi apa kata kita cuba dengan menanam sawi di dalam petak tanaman terlebih dahulu.Cara ini lagi mudah, mengurus tanaman jadi lebih mudah. Nanti bila dituai hasilnya bolehlah dijadikan untuk makan sendiri, pasti puas hati.

Jadi sila hadam step bercucuk tanam sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Azuan ini.

“Tips Tanam Sawi Dalam Petak Tanaman”

Sawi giant antara tanaman yang paling mudah ditanam dirumah. Macam saya, saya biasa tanam sawi ini dalam bekas tanaman. Antara bekas tanaman yang selalu saya guna adalah petak tanaman, tayar, tong cat dan pasu.

Baik, pagi ni saya nak kongsi tips tanam sawi dalam petak tanaman.


.

1. Petak tanaman boleh dibina samada dengan batu bata atau papan terbuang. Tiada saiz yang tertentu. Ianya bergantung pada keadaan tempat. Cuma, lebar petak tersebut biasanya tidak akan lebih daripada 3 kaki. Ini untuk memudahkan kerja – kerja pengurusan nanti.

2. Media yang biasa saya gunakan adalah tanah campuran. Nisbah tanah campuran yang saya biasa buat adalah 1 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos / bokashi.

3. Tanam anak benih yang telah disemai supaya tumbesarannya menjadi seragam. Biasanya saya akan tanam anak yang berusia antara 2 – 3 minggu lepas semai. Lagi besar anak yang ditanam, lagi cepat boleh harvest.


.

4. Jarak tanaman adalah 1 kaki antara pokok. Jarak yang sesuai amat penting supaya pokok mendapat ruang yang secukupnya untuk membesar. Pengalaman saya, satu pokok boleh mencapai berat melebihi 1 kg.

5. Kaedah pembajaan yang saya guna adalah melalui siraman dan foliar.

6. Baja disiram seminggu sekali. Guna baja NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siraman dibuat pada waktu pagi dengan kepekatan antara 2.0 – 2.5 mS.


.

7. Biasanya lepas sebulan kita dah boleh ambil untuk dimasak. Potong 2 – 3 helai je dulu daun yang paling bawah. Pengalaman saya, ia boleh bertahan hingga 3 bulan.

8. Andai kata kita tak potong daun paling tua, beratnya boleh mencapai 1 kg 1 pokok pada usia 2 bulan lebih.

Berkebun dapur ni menjadi lebih seronok bila segala usaha kita berhasil. Ia bukan sekadar hobi malah menjadi terapi minda buat kita. Ramai sahabat yang telah mengakuinya, stress hilang bila berkebun. Alhamdulillah.

sumber : Azuan Abdullah Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri