Tanam Ros Jepun Nak Bagi Merimbun & Berbunga Lebat Ada Caranya. Pengusaha Ros Jepun Ni Kongsikan Rahsianya!

Share

Orang selalu cakap kalau hendak mendapatkan ilmu sebaiknya mestilah berguru, barulah apa yang hendak dilakukan menjadi dan betul hasilnya. Begitu juga dalam menanam pokok bunga di laman rumah sekali pun. Tanpa ilmu dan pengetahuan, pokok bunga yang ditanam seakan ‘hidup segan mati tak mahu’.

Jadi buat anda yang suka melihat pokok bunga ros jepun yang hidup subur merimbun dan berbunga lebat, tentu tertanya-tanya apa ilmu yang digunakan oleh yang menanam pokok tersebut hingga jadi begitu.

 

Nak tahu rahsianya elok kita cungkil info dan tip daripada yang mahir dengan tanaman ros jepun. Umpamanya daripada orang yang menanam dan menjual pokok ros jepun  sepertimana yang dikongsikan di akaun facebook Fi Mi (Laman Kasyfi) ini.

Cara Tanam Ros Jepun Agar Merimbun Dan Berbunga Lebat

1.Sediakan tanah, tanah apa-apa pun boleh asal tak bertakung air.


2. Tabur baja mix untuk ros jepun. Sikit je satu pasu dalam satu sudu kecik anggaran dalam 10 biji je.

3. Nak hasil tanaman yang merimbu, pastikan semasa menanam dipatah-patahkan dalam 2 inci je nanti akan bercabang banyak sampai litup pasu. Itu yang kita nak. Bila sudah bercabang bayak setiap cabang akan keluar putik baru dan bunga lebat dan rapat-rapat.

Patahkan dalam 2 inci cucuk rapat-rapat dah siap letak dekat panas terus. Siram 1 kali sehari pun dah ok.

Tanah yang ini saya guna yang 5 dalam 1 je. Tapi 6 dalam 1 pun boleh, jika mahu.

Selepas sebulan setengah tanam ros jepun akan tumbuh dengan lebat dan rimbun seperti ini. Bunga pun lebat dan rapat-rapat.

Seminggu sekali letak baja mix untuk pastikan tanaman gemuk dan bunga besar. Jika pokok ros jepun terlihat telah panjang dan mengurus, maka perlu ditrim atau tanam lain.

Sumber : Mi Fi 

 

ARTIKEL MENARIK: Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club