Merasai sendiri pengalaman menanam pokok rock melon dan dapat juga menikmati hasil tuaian sendiri tentu menjadi antara pengalaman manis untuk direalisasikan. Apatah lagi di waktu kita semua kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Tidak tahu untuk berbuat apa, apa kata anda cuba isi masa dengan melakukan projek tanam rock melon di laman rumah.
Walau tidak mempunyai ruang tanah yang luas, sebenarnya anda boleh menanam rock melon di dalam polybag. Jadi sebelum itu, ada baiknya anda baca perkongsian daripada Izah Hassan ini untuk lebih pemahaman.
✔SEMAI :
Teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’
Tenik baring : ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu di tekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik).
Jangan tekan terlalu dalam. Ambil tanah semaian Peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.
Teknik tegak: ialah menghalakan mucung benih yang tajam menghala ke bawah semasa menyemai.
Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastil hitam bungkus tray semaian. Jika yang tanam guna bekas. Tutup dengan plastik hitam juga. Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka.
Selepas 2 hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah. Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik. Apabila pokok sudah tumbuh 4 daun. Boleh di pindahkan ke dalam polybeg atau pasu atau batas tanaman.
✔SAIZ POLYBEG ATAU PASU :
Siapkan polybag dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh.
Masuk kan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.
✔PEMINDAHAN ANAK POKOK
Sebelum dipindahkan anak pokok siram dahulu media tanam dengan air. Memindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.
✔ PEMASANGAN PARA UNTUK POKOK MEMANJAT
Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2 minggu. Gunakan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar. Jika nak biarkan melon menjalar di atas tanah pun boleh.
✔ MENGAHWINKAN BUNGA BETINA. SECARA BERBANTU
Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar, macamna nak kenal bunga betina. Berbunga betina
Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yang keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapukan di bunga betina. Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur. Jadi teknik bantu kahwin ni sangat berkesan. Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.
✔PEMANGKASAN DAN PEMILIHAN BUAH
Untuk menghasilkan buah yang cukup besar dan berkualit. 1 pokok hanya dibiarkan 2-4biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan perlu dilakukan.
✔ PEMBAJAAN
Cara menanam melon dalam polybag setelah melakukan pemangkasan cabang adalah melakukan pembajaan.
Peringkat awal 1bulan pertama
Setiap 2 minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur.
Setelah pokok mengeluarkan bunga. Baja dengan baja buah.
✔PENGENDALIAN HAMA/SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT
Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik pilihan anda. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.
✔ TUAI BUAH ROCK MELON
Sekitar hampur 2 bulan, buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan tercium aroma harum dari melon.
Selamat berkebun sendiri. Rezeki Allah pada yang meminta padaNya. Semoga rock melon yang anda tanam mendatangkan hasil. Berkebun di lama rumah satu kenikmatan.
Sumber : Izah Hassan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club