Menyediakan minuman teh untuk keluarga andai diletakkan bersama daun pudina memang segar rasanya. Jadi apa kata, alang-alang keluarga suka akan rasanya baik ditanam sendiri pokok pudina ini. Lagi pun, menjaga tanaman ini tidaklah secerewet menanam pokok bunga ros atau sebagainya yang memerlukan perhatian rapi.
Jadi di sini ada dikongsikan sedikit tip untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok pudina ini. Ada trik rupanya untuk pastikan bila ditanam tidak mudah tercabut bila disiram. Nak tahu apa itu, jom ikuti perkongsian bermanfaat daripada Rina Kefele ini.
Macam-macam cara dan teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yang paling menjadi.
Tak layu langsung. Tapi kalau kawan-kawan buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.
Langkah 1
Saya petik dari pokok, ambil yang hujung-hujung dah berjurai.
Langkah 2 :
Sediakan bekas dan tanah. Saya guna tanah hitam je.
Langkah 3 :
Buang daun dan simpulkan macam ni.
Langkah 4 :
Tanam macam ni, masuk dan timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
Langkah 5
Simpan tempat redup
sumber : Rina Kefele via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri