
Jangan tak tahu, pokok semalu yang hidup meliar mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Pauline Choi, dan menurutnya tumbuhan tersebut boleh menghalang tikus daripada merosakkan tanaman.
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya.
Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk. Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus.
Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dapat menjalar ke atas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak datang berak dalam pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu
Sumber : Pauline Choi
“Ayah Basah Kuyup Hantar Duit RM10 Ke Asrama.” Luahan Pelajar SPM 7A Ini Meruntun Jiwa.

Hari ini adalah istimewa buat yang bergelar bapa. Ramai yang menghantar ucapan dan memberi hadiah sempena hari bapa kepada ayahanda tersayang.
Pengorbanan ayah tidak nilainya. Biarpun ayah kelihatan tegas dan garang namun jauh di sudut hati sanggup melakukan apa jua terutama sekali untuk kejayaan anak tersayang.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang pelajar, Anissa Suhaimi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka.
Sebagaimana laporan kosmo online baru-baru ini, pelajar cemerlang ini ‘menghadiahkan’ keputusan 7A dan 2B yang diraih kepada ibu dan bapanya.
Merupakan anak kepada seorang anak pekerja pembersihan pelajar ini tidak pernah mensia-siakan jasa kedua orang tuanya.
Kesukaran hidup menjadi kekuatan diri untuk berjaya bagi mengubah nasib keluarga untuk membalas jasa ayah, Suhaimi Md. Jas, 63, dan ibu, Nor Aini Meslan, 54.
Ayah redah hujan hantar duit belanja
Lebih meruntun jiwa, pelajar ini meluahkan bahawa ayahnya pernah datang ke asramanya dalam keadaan basah kuyup untuk menghantar duit belanja RM10 untuk dua minggu.
Bahkan pengorbanan ayahnya pasti tidak dilupa apabila susah payah menunggang motosikal lebih 40 kilometer selama tiga tahun bagi menyekolahkannya.
“Kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama untuk bergerak. Jadi sepanjang bersekolah, emak dan ayah terpaksa menunggang motosikal dari Kesang Laut untuk berjumpa saya yang tinggal di asrama.
“Malah pernah sekali, ayah datang dalam keadaan basah kuyup semata-mata ingin menghantar duit belanja berjumlah RM10 untuk dua minggu.”
Malah katanya lagi, jika keluarga ingin berjumpa pada waktu pelepasan asrama, bapanya akan menurunkan ibunya terlebih dahulu di Melaka Sentral dan kemudian akan mengambilnya di sekolah sebelum berpatah balik ke stesen bas itu untuk meluangkan masa bersama-sama.
Berjimat cermat
Didik hidup sederhana dan bersyukur seadanya, Anissa mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak menyusahkan orang tuanya.
Namun, Anissa bertuah apabila dikelilingi rakan-rakan yang baik di sekolah.
“Disebabkan tidak mahu menyusahkan keluarganya, saya cuba berjimat cermat dan jarang berbelanja di sekolah, sebaliknya hanya mengulang kaji pelajaran pada waktu rehat.
“Namun, saya tidak pernah berlapar, ada sahaja kawan-kawan yang baik hati membekalkan makanan untuk saya atas balasan saya membantu mereka dalam pembelajaran.
“Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan memberi dorongan untuk saya buat yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga kokurikulum.”
Begitulah kisah pengorbanan seorang ayah. Segala nikmat yang kita ada sekarang, adalah dari usaha keras ayah untuk memberikan keselesaan dan kebahagiaan buat keluarganya. Selamat hari bapa!
Sumber: Kosmo Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kaedah Pulling Oil Guna Minyak Kelapa Dara Atasi Masalah Gigi Sensitif

Jika terkena sakit gigi yang dasyat, memang boleh meraung! terus rasa satu badan pun turut sakit. Masalah gigi sensitif ini akan datang jika minum air sejuk, gigi akan terasa ngilu dan tak selesa.
Menerusi satu perkongsian petua bagi mengatasi sakit gigi dari Aisyah Badar Bajrai di group facebook Petua Orang Tua, yang merupakan ini satu pengalaman beliau serta ujikaji yang mujarab pada dirinya apabila mengalami sakit gigi dengan hanya menggunakan satu bahan saja.
“Sebenarnya dah lama Aisyah buat. Dah 5-6 tahun gitu. Petua ni Aisyah terbaca kat website mat salleh dulu. Mat salleh panggil oil pulling.
Kebetulan masa tu gigi memang tengah sakit sangat. Tahap sakit dia tu sampai rasa nak tumbuk jek orang. Boleh bayangkan tak betapa sakitnya gigi tu.
Pastu bila Aisyah try petua ni dalam 2-3 kali gitu, ehhh gigi terus ok. Magic betul. Sampai sekarang gigi tu tak sakit tau.
Tapi last week, gigi Aisyah tetiba macam sensitive. Bayangkan bila ubat gigi kena kat gigi, gigi Aisyah terus bisa macam kene cucuk.
Pastu Aisyah try la petua ni. Alhamdulillah lepas buat 2 kali, gigi yang sensitif tu terus okey. Boleh gosok gigi dengan gembira.
Petua dia senang jek, korang cuma guna satu bahan, minyak kelapa dara (VCO). VCO tu anda ambil dalam 1 sudu besar gitu, kemudian anda kumur-kumur dalam 15 minit. Lepas tu baru buang.
Tapi awas, walaupun rasa minyak kelapa ni sedap, anda jangan telan pula yang dah kumur tu.
Minyak yang dah kumur tadi sebenarnya dah penuh dengan bakteria. Semua bakteria dalam mukut dah melekat kat minyak tu. Sebab tu kena buang minyak VCO lepas kumur.
Minyak tu korang jangan buang kat sinki tau sebab sinki boleh tersumbat. Jadi korang buang kat tong sampah atau pun tempat yang layak dibuang.
Kalau nak kesan lagi best, lepas kumur kumur tu korang floss sikit gigi tu. Biar tahi gigi dengan segala khazanah yang terselit tu bersih. Serious, nanti karang gigi pun segan nak datang tau.
Petua ni ala ala listerine, tapi kita guna bahan natural. Jadi petua ni bukan setakat berkesan, tapi dia juga selamat digunakan. Paling bagus buat 3-5x seminggu.”
Ni antara khasiat oil pulling yang lain;
– kuatkan gigi dan gusi
– mencegah cavities
– hilangkan bau mulut
– kurangkan gusi berdarah
– memutihkan gigi
Kalau tak ada minyak kelapa dara, guna minyak zaitun pun boleh. Dua-dua minyak ni boleh berfungsi sebagai antibakteria.
Siapa gigi sensitif jangan lupa try petua ni okey. Selamat mencuba.
Kredit: Aisyah Badar Bajrai
Rupanya Ada Cara Nak Bancuh Adunan Lempeng Supaya Lebih Lembut & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Tip!

Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Nak nak lagi dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal.
Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sendiri lempeng untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail . Cukup mudah dan yang penting lembut. Patutlah ayahnya cukup menggemari menu satu ini.
“Sedapnya lempeng ni Na. Lembuttt je. Betul sedap!”
“Ayah suka ke, lain kali Na buat lagi ya”
Haa kalau ayah kata suka tu memang betul dia suka dan sedap la pada dia. Sebab ayah agak memilih bab makan nih.
Kalau tanya nak makan apa, jawapannya nak yang lembut, tak pedas dan kenyang. Apakah bentuk menunya? Hahhh tu tugas kita la yang nak mikirnya 😅
Maka menu ni dah masuk resepi feveret kak M sebab senang nak buat, sedap dan semua orang kat rumah suka. Matching kan plak dengan sambal sardine perghhh memang sedap.
Untuk breakfast sesuai, untuk dinner pun sesuai sangat.
Resepinya taraaaa…tengok kat bawah ya. Kak M namakan lempeng cair sebab bancuhannya cair je hehehe.
LEMPENG CAIR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 atau 2 telur (kak M letak 2 biji, tapi rasanya 1 biji pun dah cukup)
Sikit garam
2 sudu minyak
Sikit minyak lagi untuk sapu kuali
Cara membuat:
1. Blendkan semua bahan tu hingga berkrim
2. Kalau guna guna kuali biasa sapu sikit minyak dan dadarkan bancuhan sesenduk demi sesenduk .
3 . Tapi kalau guna pan, just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama.
4. Buat sampai habis dan boleh hidangkan dengan sambal sardine atau kari.
Tips:
Nak dapatkan Lempeng aka crepe yang lembut, lepas dah blend adunan biarkan selama 1/2 jam sebelum masak supaya tepung dapat kembang bersama dengan cairan dan lempeng akan jadi lembut.
Selain dari cicah dengan sambal sardin atau kari, boleh juga buat lempeng aka crepe ni sebagai dessert. Isi inti cream dan berry kat dalam sebelum lipat. Pun sedapp!