Daun pudina bukan saja digunakan dalam masakan tapi juga untuk minuman. Memang berbaloi kiranya jika ditanam di rumah terutama kalau anda suka dengan baunya yang cukup menyegarkan.
Tambahan pula bukanlah susah untuk menanamnya jika anda gunakan teknik tanaman pucuk. Ini sebagaimana yang telah dibuktikan oleh seorang suami ini, dari dua pasu pokok daun pudina telah berjaya dibiakkan menjadi berpuluh-puluh dalam tempuh tidak sampai sebulan. Semua tanaman pudina hidup subur dan berdaun lebat.
Difahamkan juga melalui perkongsian di facebook, dia menanam pokok pudina dek kerana isterinya suka akan pokok tersebut.
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah menanam dengan teknik keratan pucuk seperti yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Cara menanam pudina menggunakan pucuk
Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli dua pasu kecil dari nusery. Satu pasu berharga RM10, kiranya saya habiskan RM20 untuk dapatkan dua pasu.
Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ini.
Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina. 2 cara saya guna, 1 pertama rendaman keratan batang kedalam air, kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk. Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.
Cara-cara tanam pudina menggunakan pucuk:
- Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
- Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B… Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang.
– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insyaallah lebih tinggi
- Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu)
- Siram medium sehingga basah lencun
- Letakkan di kawasan teduh diantara seminggu – 2 minggu…
- Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan
- Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur
P/s: pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan dibawah matahari penuh
– anak pokok boleh dibaja seusia 2 minggu dalm kuantiti yang sedikit
Sumber : Zul Agro Tani
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah.