Tanam Pokok Pisang Cara Terbalik Rahsia Pekebun Thai. Hasilnya Anak Pisang Banyak, Pokok Kukuh & Berbuah Rendah

Share

Pernah tengok orang  tanam pokok pisang terbalik? Rupa-rupanya inilah kaedah yang dipraktikkan oleh pekebun Thai.

Selain anak pokok pisang atau sulur yang tumbuh lebih banyak, cara ini juga membolehkan pokok juga lebih kukuh. Bukan tu je, kaedah ini juga membolehkan pisang yang ditanam berbuah rendah.

Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi.

1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.

2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.

3. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.

4. Gali lubang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.

5. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.

6. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.

7. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.

Sumber: Joran Sempoi