Tanam Pokok Labu Tapi Tak Berbuah, Kita Kena Bantu ‘Kahwinkan’ Bunga Labu Baru Jadi!

Share

Kalau kita ada menanam pokok labu bila nampak sudah berbunga mesti kita rasa teruja, maklumlah tidak lama lagi bolehlah kita merasa buah labu yang ditanam sendiri.  Tapi jangan sangka, sering juga terjadi ada bunga tapi tak jadi buah!

Bila sudah beberapa kali jadi begitu, boleh mengeluh panjang kita dibuatnya.

Sebenarnya masih ada cara untuk kita bantu pokok labu yang berbunga itu mengeluarkan hasilnya dengan cara kita ‘kahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina. Ini seperti mana yang dikongsikan caranya oleh Ashraf Shuib.

Cara ‘Kahwinkan” Bunga Labu Untuk Jadi Buah

Ni bunga labu. Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.


Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.

Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.

Langkah 1 : Ni bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.

 

Langkah 2 :  Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.

 

Langkah 3 : Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.

 

Langkah 4 : Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.

 

Langkah 5 : Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.

Ni rupa bahagian dalam bunga betina.Belum sapu dengan debunga jantan lagi.

Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.

Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.

Langkah 6 : Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.

Buah labu yang sedang membesar

Teknik ‘kahwinkan’ seperti ini boleh juga dilakukan kepada pokok sayuran berbuah yang lain seperti petola, timun, peria dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Sumber : Ashraf Shuib 

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club