Kalau kita ada menanam pokok labu bila nampak sudah berbunga mesti kita rasa teruja, maklumlah tidak lama lagi bolehlah kita merasa buah labu yang ditanam sendiri. Tapi jangan sangka, sering juga terjadi ada bunga tapi tak jadi buah!
Bila sudah beberapa kali jadi begitu, boleh mengeluh panjang kita dibuatnya.
Sebenarnya masih ada cara untuk kita bantu pokok labu yang berbunga itu mengeluarkan hasilnya dengan cara kita ‘kahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina. Ini seperti mana yang dikongsikan caranya oleh Ashraf Shuib.
Cara ‘Kahwinkan” Bunga Labu Untuk Jadi Buah
Ni bunga labu. Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.
Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.
Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.
Langkah 1 : Ni bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.
Langkah 2 : Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.
Ads
Langkah 3 : Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.
Langkah 4 : Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.
Langkah 5 : Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.
Ads
Ni rupa bahagian dalam bunga betina.Belum sapu dengan debunga jantan lagi.
Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.
Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.
Langkah 6 : Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.
Teknik ‘kahwinkan’ seperti ini boleh juga dilakukan kepada pokok sayuran berbuah yang lain seperti petola, timun, peria dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Suami selalu impikan isteri yang cukup sempurna dimata mereka. Inginkan isteri sentiasa cantik tetapi tidak memberi sokongan yang sebaiknya.
Banyak sangat rungutan dari para suami, isteri tak rampinglah, tak kuruslah, tak cantiklah. Kalau para suami nak bonus isteri sempurna dan cantik selalu, suami kenalah sokong isteri lebih bila nak berdiet.
Kena bagi semangat dan tak kurang juga belikan produk atau tolong isteri amalkan petua tradisional untuk dia kekalkan kecantikannya. Lagi satu, kunci kecantikan adalah TIDUR mencukupi. Tu semua suami kena tahu. Para suami-suami kena baca dulu apa yang disarankan oleh doktor muda ini. Menarik!
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye.
Sumber: Dr Taufik Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari inilah hari yang paling istimewa buat warga Malaysia di mana diadakan Sambutan Kemerdekaan tanah air bagi meraikan detik bersejarah itu dan tahun ini ia merupakan tahun ke-66.
Selain dari sambutan di siang hari, malam tadi juga telah berlangsungnya malam ambang dan tanggal 31 Ogos yang disambut meriah pada setiap tahun.
Jadi, inilah masa untuk rakyat negara ini yang berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik serta kasih sayang terhadap negara.
Bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, semangat seorang warga emas, Jenny Lee, berusia 68 tahun berjaya menarik perhatian ramai seperti mana dikongsikan menerusi laman Instagram Bernama.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila Jenny Lee menyatakan dirinya sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri ke Dataran Merdeka bersama hiasan buatannya sendiri.
Malah, warga emas berbangsa Cina itu dilihat penuh semangat melaungkan kata-kata keramat iaitu Merdeka! sambil dilihat memakai kain batik.
“MERDEKA! Seorang warga emas berusia 68 tahun, Jenny Lee sanggup berjalan kaki sejauh lebih 8km dari Taman Maluri bersama hiasan yang dibuatnya sendiri untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka hari ini,” tulis Bernama.
Rata-rata warganet tumpang gembira dan bangga dengan semangat patriotik yang dimiliki oleh warga emas tersebut kerana sanggup berjalan kaki melebihi 8km bagi menyambut Ambang Kemerdekaan bersama-sama di Dataran Merdeka.
Sumber: IG bernamaofficial via OhMyMedia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi ramai juga yang tidak tahu cara nak hasilkan sambal belacan yang sedap. Apatah lagi jika jarang-jarang masuk ke dapur, tentu tidak berpeluang untuk menyediakan sambal belacan yang menepati citarasa.
Pun begitu, melalui perkongsian seorang lelaki kelahiran Sabah ini yang dikenali sebagai Mohd Iskandar Alwi, siapa sangka berminat mempelajari cara menyediakan sambal belacan yang sedap dan ianya telah dikongsikan di media sosial.
Nak tahu apakah resipinya itu, jom semak perkongsian menarik ini.
“Dari Sabah ke Kelantan,sempat duduk kat kelantan belajar resepi org melayu, sambal kelantan..Makan dengan ikan goreng,ayam goreng..simpan dlm peti sejuk,makin lama awak simpan makin sedap..wakil orang jantan ni,asyik perempuan saja share..btw sy lelaki sejati lurus bkn agar agar k,lelaki sejati pun minat masak..hahaha”–Mohd Iskandar Alwi
Bahan bahan:
15 tangkai cili kering-rebus n tos
10 tangkai cili merah
Segenggam cili padi kampung hijau-30 tangkai you nak tmbah suka hati you.tapi pedas sgt karang x best
6 biji asam limau kasturi-buang biji
1 ibu jari belacan-bakar seketika
1 ulas bawang putih/bawang holland-bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa (blh je tukar gula melaka)
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa.
Cara-cara:
1. Hiris halus semua cili padi dan cili merah.Tujuannya supaya ia mudah hancur.
2. Cili kering guna yang jenis berkilat bukan yang kerinting. Blend semua bahan bahan tu.
3. Itu saja,simple. Bukan susah pun.
sumber : Mohd Iskandar Alwi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.