Tanam Pokok Kesum Guna Bekas Aiskrim Terpakai, Elok Subur Menghijau

Share

Pokok kesum memang banyak kegunaannya dalam masakan. Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana sukar hendak menanam pokok kesum. Sebenarnya pokok kesum ialah sejenis tanaman liar dan mudah membiak. Namun, yang menjadi keutamaan untuk tanaman ini adalah medium yang sentiasa lembap.

Sebab itu, jika anda berhajat untuk menanam pokok kesum, sebaiknya gunakan kaedah selfwatering pot atau hidro ponik. Namun, ini tidak bermakna anda perlu beli bekas atau pasu khas. Boleh cuba idea super murah dan tetapi hasilnya tetap menjadi! Gunakan bekas aiskrim.

Tanam Pokok Kesum Guna Bekas Aiskrim Terpakai

Untuk permulaan, beli daun kesum. Ambil daunnya dan tinggalkan batangnya sahaja dan daun-daun kecil.

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Bekas bertutup
Air secukupnya
Baja AB
Batang pokok kesum
Pisau

Elok Subur Menghijau

Cara-caranya:

1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.

2. Cucuk-cucuk sahaja batang kayu kesum pada penutup bekas airkrim yang telah ditebuk itu.

*Petua tebuk lubang pada bekas aiskrim terpakai. Bakar hujung pisau tajam pada api dapur dan cucuk pada penutup bekas aiskrim. Siap!

3. Campurkan air dengan sedikit baja AB.

4. Tutup bekas, letakkan di tempat yang redup. Tak perlu pantau pun. Biarkan sahaja di tempat itu.

5. Bila bekas atau air kelihatan keruh atau gelap, bolehlah ganti dengan air yang baru. Tambah sedikit baja AB supaya pokok kesum semakin subur.

 

6. Inilah hasil pokok kesum yang elok ‘sihat’ dan subur.

Sumber: Puan Rosnah Ramli

Baca artikel lain di sini: Tanam Kesum Tak Sampai 24 Jam Dah Boleh Nampak Akan Hidup Subur, Begini Rahsianya!

Cikgu Kebun Ajar Teknik Bagi Pokok Daun Kesum Merimbun Hasilnya!

Susah Betul Nak Suburkan Pokok Daun Kesum, Tapi Cara Tanam Dan Perawatan Ini Boleh Atasi Masalah Ini. Ikuti Penjelasan Terperinci Lelaki Ini.